Sabtu, 28 Mei 2011

Bodek Utusan jangan tak bodek

Membaca tulisan Ketua Pemuda Pas Pusat dalam blog beliau dalam posting yang bertajuk Nilai Sebuah Perubahan Pada Jamaah Islam keseluruhannya menggambarkan beliau sendiri berada dalam keadaan yang bimbang, takut, dilema akan siapalah yang akan menang jawatan Timbalan Presiden Pas, Naib Presiden Pas dan juga jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Nasruddin Hasan At Tantawi yang menang tanpa bertanding Ketua Pemuda Pas Pusat mungkin bimbang kalau-kalau semua jawatan di atas disapu bersih oleh semua calon yang bukan aliran agama .Jadi beliau menulis untuk luahkan apa yang akan berlaku sekiranya calon yang bukan aliran agama sapu bersih jawatan yang dipertandingkan.

Kebimbangan Tantawi sama macam Umno-Utusan bimbang kalau-kalau golongan aliran agama dah tak kuasai Pas!Umno dah tolak ulama lama dah tapi bila berlangsungya Muktamar Pas yang ada pemilihan, Umno-Utusan tumpang sekaki dok bodek sokong ulama.Kata Tantawi ,"Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Situasi ini agak subjektif dan memerlukan penelitian yang serius dan halus agar ia tidak diurus secara rambang dan boros tanpa mengambil kira hikmah [kebijaksanaan] dan himmah nya [kewibawaan]. Tentunya kita tidak mahu usaha merubah dan membaiki jamaah menjadi seumpama tikus membaiki labu."Baca semua klik tajuk di atas.

Dalam Pas ni macam saya kata ada pemimpin yang Umno suka dan ada pemimpin yang Umno tengok muka pun tak mau.Yang boleh celup-celap dengan Umno yang tu Umno suka la.Perwakilan nak pilih siapa yang mereka mau itu hak mereka tapi mereka kena ingat mereka mewakili keseluruhan ahli Pas di negara ini dan semua penyokong Pas bukan memilih ikut kehendak dua tiga kerat pemimpin Pas.

Berkaitan;
Hati-hati lakukan perubahan kepimpinan-Utusan Malaysia online

6 ulasan:

  1. TGNA dah kata,dalam PAS tak ada gulungan ulamak mahu pun gulungan profesional,semua ahli PAS.Yang Tantawi dok merepet ni apa? Kalau semua yang bukan ulamak meninggalkan PAS,adakah PAS akan maju sebagai mana sekarang? 23 Ahli Parlimen PAS sekarang,berapa ramai yang ulamak? Bila ada PRU atau PRN atau PRK,siapa yang kerja bertungkus-lumus?Ulamak?Bila diadakan demo besar-besaran,berapa ramai ulamak yang datang? Tantawi sepatutnya jangan buka mulut kerana sudah menang tanpa bertanding.Tantawi sepatutnya bersyukur kerana pemuda PAS mahukan ketua yang lemah,tak berfungsi dan teruk.Prestasi Pemuda PAS sudah menurun,tidak lagi sebagai mana diera Mahfuz dan Sallahuddin.Ini yang dikatakan "Pilih-pilih tebu,terpilih buku".PAS akan menghadapi PRU ke13, tak lama lagi, bukan nak adakan pertandingan syarahan agama lawan UMNO.Perwakilan waspada!!! Jangan salah pilih. lagi.

    BalasPadam
  2. Kalau begitu pas perlu mengenengahkan ulama yang serba serbi boleh. Berpendidikan agama serta bijak mentadbir dari segi ekonomi, sosial serta berbagai lagi. Jangan hanya diketengahkan ulama yang hanya pandai protes hari valentine saja. Kamirakyat mahukan lebih dari itu.

    BalasPadam
  3. Komen di atas;
    Sedap ayat tu"Pilih-pilih tebu,terpilih buku".

    BalasPadam
  4. Bagi golongan yg mengaji agama dan golongan yg dok berusrah dlm bilik bhawa dingin boleh lah melantik:

    Timbalan Presiden: Mustafa Ali
    Naib2 Presiden: Abu Bakar Chik, Idris Ahmad dan Salahudin Ayub serta Nik Amar.

    Dengan ini Pas sekali tercekik dengan agenda Bini Najib..

    BalasPadam
  5. Saya telah komen di blog tantawi. Saya hanya harap beliau berani menyiarkannya, kalau dia memang ketua pemuda yang serba tahu dan serba hebat.

    Kepada tantawi, apa cerita pemuda pas pahang "dinasihat" oleh kepimpinan pas supaya menarik diri dari protes lynas? Nak jaga umno untuk apa? Oh ya, apa guna kemenangan pas di atas kekalahan umno... Maka "pas ganti umno" itu hanyalah sandiwara sahaja? Pemuda, melalui apa yang diutarakan tantawi masih boleh bersedia untuk berubah kerana ia perlu melalui satu proses seperti yang tantawi repekkkan!

    BalasPadam
  6. ‎"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita. "Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita. (petikan ucapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)

    BalasPadam