Isnin, 23 Mei 2011

Siapa yang 'tekan' supaya Tuan Ibrahim bertanding TP Pas?

Saya ada timbulkan persoalan adakah Tuan Ibrahim Tuan Man tetap tak mahu bertanding jawatan TP Pas? Persoalan ini berkaitan dengan pencalonan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan mengekori rapat Nasharuddin Mat Isa dan Mat Sabu dalam pertandingan Jawatan TP Pas dalam muktamar Pas akan datang.Tuan Ibrahim pada peringkat awal dah kata tak mahu bertanding jawatan TP Pas hanya mahu bertanding pertahankan jawatan yang disandangnya sekarang sebagai Naib Presiden Pas.

Ada yang kata jika Tuan Ibrahim dapat 'arahan' pimpinan tertinggi Pas beliau akan akur dengan arahan tersebut untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas walaupun beliau tak mahu bertanding jawatan TP Pas.Desakan untuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan TP Pas dikuatkan lagi dengan tulisan di Harakahdaily yang melaporkan Tekanan meningkat untuk Tuan Ibrahim.Walaupun tidak disebut nama penulis di Harakahdaily tu semua orang tahu siapa penulis tersebut.Antara lain ayat-ayat 'power' yang ditulis penulis tersebut ialah 'Pencalonan tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau.

Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan'.Mereka di Harakahdaily seolah-olah melobi supaya Tuan Ibrahim dilihat dapat sokongan padu di kalangan golongan ulama dalam Pas yang sedar jika pertandingan dua penjuru antara Nasa dan Mat Sabu berlaku peluang Nasa untuk menang kali ini agak sukar.

Adakah Tuan Ibrahim rasa tertekan dengan pencalonan untuk beliau bagi jawatan TP Pas walaupun beliau dah kata tak mau bertanding jawatan TP Pas?Siapa sebenarnya yang rasa tertekan ?Tuan Ibrahim atau golongan yang tidak mahu melihat jawatan TP Pas terlepas kepada golongan yang dikatakan bukan ulama dalam Pas?

Apa pun siapa yang akan dipilih oleh perwakilan Pas biarlah pemimpin itu bukan yang mudah 'kena skru' dengan puak Umno yang gila talak kepada Pas.

5 ulasan:

  1. TGNA yg tekan.

    Tak percaya, cuba pergi check. Sebab Mat Sabu lawan Nasha - Mat Sabu akan tewas.

    Tuan Ibrahim masuk utk pecahkan undi Nasha dan bagi kemenangan pd Mat Sabu.

    Org yg kenali Tuan Ibrahim dgn rapat tahu dia langsung x berminat. Blogger sj tak tahu dari awal sebelum pemilihan Tuan Ibrahim dah sokong Mat Sabu sbg Timb.

    BalasPadam
  2. Pas for All atau Pas for Ulama only?

    BalasPadam
  3. apa kena mengena tgna pulak? sedangkan usaha sebenarnya adalah untuk memberi kemenangan kepada nasha (ulama lah konon) dengan memecahkan undi untuk mat sabu. jika tuan ibrahim terima pencalonan selepas menyatakan ketidakinginannya bertanding jawatan no 2 itu, maka 'tekanan' itu adalah dari pihak yang kempunan perpaduan. tuan ibrahim harus sedar dan jangan biarkan diri dijadikan alat untuk agenda menyenangkan umno!

    ug, yang dimulakan dengan 'pertemuan dalam gelap' kini sedang menghantui pas. ia menjadi 'mainan' hantu2 umno membakar semangat demokrasi wala' supaya nasha terus diberi kepercayaan kerana ia memudahkan tertemterinya apa yang telah dipersetujui seperti yang terbukti dengan salaman genggaman ibu jari najib oleh presiden di kuching tidak berapa lama dulu.

    pemerkasaan pas adalah dengan menolak nasharudin dan menggantikan setiausaha agong. noktah.

    BalasPadam
  4. Terlajak perahu boleh undur....

    Terlajak cakap buruk padahnya....

    Nak jadi pemimpin, mesti fikir dahulu sebelum cakap...

    Bukan cakap dahulu... baru berfikir....

    BalasPadam
  5. Ust Nasa akan diminta tarik diri dan akan ditawar jawatan ketua penerangan. Ust Idris hampir pasti menang Naib Pres. Ustaz Nasa akan di beri jawatan dalam Harah.....

    BalasPadam