Rabu, 25 Mei 2011

Jawatan TP Pas dan Naib Presiden:Siapa yang akan menang, ustaz atau bukan ustaz?

Calon-calon yang tawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas
Calon-calon yang tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Pas hingga kini

Semalam saya ada tulis Jawatan TP Pas: Saya tak akan berundur, kata Mat Sabu.Hari ini dalam laporan The Malaysian Insider melaporkan perkara yang sama mengenai Mat Sabu yang tetap akan bertanding jawatan TP Pas walaupun 3 penjuru.

No 2 Pas :Mat Sabu tetap tanding tidak kisah 3 penjuru-M'insider
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu tetap mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti walaupun kemungkinan terpaksa berdepan dengan saingan tiga penjuru pada pemilihan bulan depan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.

Selain itu, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa juga telah mengumumkan akan mempertahankan kerusi yang disandang sejak dua penggal lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mohamad yang berada di Miri, Sarawak berkata beliau tidak kisah akan pendirian terbaru Tuan Ibrahim dan akan tetap turun ke gelanggang.

“Saya tidak kisah... saya tiada apa-apa pun, tak kisahlah kalau tiga penjuru, empat penjuru atau lima penjuru.

“Ia hanya pertandingan, kita dalam PAS tidak macam parti lain... menang atau kalah kita tetap bersatu,” katanya.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) berkata, sebarang pertandingan bagi mana-mana jawatan tidak akan menjejaskan perpaduan dalam parti Islam itu.

“Saya sudah banyak kali menang dan banyak kali kalah, pertandingan ini tiada apa-apa pun.

“Kita cuma mahu membantu menguatkan parti itu sahaja, siapa menang siapa kalah itu tiada apa-apa,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun enggan mengulas langkah Tuan Ibrahim yang berubah fikiran.

“Itu saya tidak tahu, saya tidak mahu komen pasal itu... kalau nak tahu mengapa perlu tanya sendiri kepada beliau (Tuan Ibrahim).

“Bagi saya tiada apa-apa, berapa banyak penjuru pun tiada masalah,” katanya.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding esok.-M'insider

Nashruddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas hingga kini masih belum dengar berita dan masih berdiam diri akan kesediaan Tuan Ibrahim Tuan Man tawarkan diri bertanding jawatan TP Pas.Belum dengar komen lagi.

Bagi jawatan Naib Presiden Pas Nik Amar turut ikut serta setelah melihat Husam Musa turut tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.Kira ada dua ustaz la yang tawarkan diri bagi bertanding jawatan Naib Presiden Pas daripada 7 orang yang hingga kini bersedia untuk betanding jawatan Naib Presiden Pas.Bagi jawatan TP Pas ada dua ustaz lawan bukan ustaz.

Baca juga;

Tiada puak Erdogan dalam Pas, kata pemimpin pusat-M'insider

Pas tidak gila kuasa-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan