Selasa, 10 Mei 2011

Nak larat maniskan senyuman sampai tara mana kalau barang kerja naik

Bila penaik harga gula pihak kerajaan bagi amaran kepada peniaga jangan naikkan harga makanan dan minuman.Lepas tu pakat buat kempen 'kurangkan gula dalam minuman , maniskan senyuman'.Nak larat senyum dan maneh sampai tara mana kalau harga barang koi mahal bukan koi turun!

Menteri yang berkaitan pula la ni goyang kaki ja bila barang naik harga dah tak berani keluar muka dalam tv umum barang naik harga.Dok menyorok tang mana wei! Tukang umum barang naik serah kat budak pejabat dok kata kenaikkan harga gula tak diharapkan bebankan pengguna! Memang meloya bagi kenyataan macam tu.Takkan penaik harga barang tak jadi beban gila ka apa.Jangan makan gula banyak kena kencing maneh wei....!Rakyat dah kena kencing tentang kenaikan harga barang lama dah...

Peniaga diingatkan tak naikkan harga makanan-M'kini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di Kuala Lumpur hari ini.

Mahani berkata kementerian juga akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.

Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula. Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan