Rabu, 6 Februari 2013

Siapa jadi batu pengasah Nasha dalam Pas?

Kalau Umno nak pelingkup Pas itu perkara biasa sebab anjing dengan kucing bukan boleh duduk dekat kira nak berkelahi.Pas dan Umno adalah musuh dalam politik bukan musuh sesama agama.Sejak Pas bercerai talak tiga dengan Umno maka apa yang dibuat Pas semua tak betul pada pandangan Umno begitu juga Pas.Ideologi Umno ialah nasionalisme Melayu dan sekular sementara Pas berpegang dan berpandukan rujukan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangan.

Sejarah membuktikan banyak orang Pas mati di tangan pemerintah Umno-BN dan banyak juga orang Pas dihumban ke dalam lokap dan penjara Kamunting kerana dendam politik dan dituduh sebagai golongan pelampau agama.

Kini selepas pru 12 yang lalu timbul ajakan untuk Umno dan bekerjasama atas nama kerajaan perpaduan.Banyak kali dan acapkali apabila isu ini berbangkit Pas tetap kata tidak akan bekerjasama dengan Umno tetap akan bersama PR.Orang Pas tahu siapa jadi kepala dan dalang untuk kerjasama Pas-Umno yang hingga kini tidak jadi kenyataan.Umno yang sentiasa buka pintu kepada Pas untuk ditelan masuk dalam kerajaan perpaduan tidak pernah berhenti ajak Pas untuk bersama Umno.Puncanya sudah tentu kerana di pihak yang lagi satu hulurkan tangan kalau tidak tak akan menjadi.

Bekas PJ Pas Selangor Hasan Ali telah dipecat daripada Pas dan kini muncul atas pentas pro Umno burukkan parti yang angkat beliau hingga jadi Exco di Selangor.Seperti yang kita maklum Hasan Ali adalah kawan baik kepada Nasharuddin Mat Isa bekas Timbalan Presiden Pas yang kini dipecat jawatannya dalam Majlis Syura Pas.

Nasha kini lantang bersuara menjelang pru 13menentang kerjasama Pas bersama Dap dan PKR.Beliau hingga kini masih ahli Pas.Terkini Nasha kata Pas lari daripada perjuangan asal dan Dap cabar dasar Pas.Apa saja pendirian Pas kini pada pandangan Nasha semua tak betul sejak pemimpin Umno jadi kawan karib beliau.Kenapa sekarang dekat pru 13 yang tak berapa hari lagi perangai Nasha semakin menjadi-jadi?

Walaupun Nasha kata beliau tak akan keluar Pas dan masuk Umno timbul persoalan siapa yang jadi batu pengasah kepada Nasha daripada dalam Pas?Nasha sebenarnya tidak keseorangan sudah tentu ada yang jadi penyokong beliau walaupun ada yang kata Nasha tak ada pengikut.Pasti ada pemimpin lain yang simpati dan sependapat dengan Nasha dibelakang tabir.

Cuba lihat Nasha boleh berjumpa Najib di Mekah, bersama Najib di Gaza tapi seribu alasan diberikan untuk tidak hadir muktamar Pas tahun lepas.Jauh sekali untuk hadir himpunan kebangkitan rakyat.Nasha sebenarnya semakin jauh daripada Pas dan PR tapi jadi duri dalam daging kepada Pas.

Saya teringat cerita rakyat Badang jadi kuat kerana makan muntah syaitan.Umno kini terpaksa mengharapkan bekas orang Pas dan ahli Pas yang pro Umno untuk tebas Pas supaya lingkup.Mereka diusung ke sana kemari dapat masuk dalam TV3 untuk hentam Pas sepuas-puasnya.Umno tak ada kredibiliti tapi kalau guna orang suruhan mereka,Pak Yet dan barua Umno yang memegang kad keahlian Pas baru ada kesan!

3 ulasan:

  1. Kena tengok barisan kepimpinan PAS semasa Nasharuddin Mat Isa menjadi Timbalan Presiden... walau bagaimanapun bukan semua pemimpin ketika itu adalah sekepala dengan dia.

    Nak kenal pengikut Nasharuddin adalah dengan password 'wala' yang banyak diperkatakan Hassan Ali. Kerana kebanyakkan mereka menggunakan alasan wala kepada pemimpin sedangkan mereka tiada kredibiliti langsung sebagai pemimpin.

    Pemimpin-pemimpin besar dan dihormati di dalam PAS kebanyakkannya tidak akan menggunakan istilah wala dalam mendapat kesetiaan ahli-ahli PAS melainkan mereka memiliki kreadibiliti, akhlak dan sejarah pengorbanan yang baik dan beristiqamah yang menyebabkan ahli-ahli sedia menerima mereka dengan ikhlas.

    BalasPadam
  2. Dia ni bersama asangg aling, zulpeliarlu nordin ada haram jadah

    BalasPadam
  3. Dia ni bersama asangg aling, zulpeliarlu nordin ada haram jadah

    BalasPadam