Khamis, 7 Februari 2013

Belum hilang Putrajaya tapi samseng Umno dah bermaharajalela

Pas kaji tindakan undang-undang terhadap polis-Harakahdaily
PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.

Ketua Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi  berkata, memang menjadi'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.

"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.

"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya.

Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.

Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana. 

OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. 
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!-Harakahdaily

Sibuk sana-sini Najib dengan tranformasi dan wasatiyyah tapi tak ada beza pun perangai Umno sejak zaman Tun Madey hingga zaman Najib.

Samseng politik Umno ni bermaharajalela kerana mereka ingat polis pun macam depa, polis Umno bukan polis yang jaga rakyat tak kira parti apa pon.Samseng ni ingat polis makan gaji duit Umno tah-tah balai polis pun samseng Umno ingat kata Umno yang buat.

Kasihan ..dah 55 tahun perangai tak berubah lagi teruk daripada MCA dan MIC.Tu belum hilang Putrajaya lagi perangai dah tunjuk awal-awal lagi tambahla kalau hilang Putrajaya lagi teruk agaknya .

Tun Madey kata penyokong PR akan buat huruhara kalau kalah dan tak menang PRU 13 tapi yang tunjuk kelaku macam setan ialah samseng Umno.

Tak cukup lagi ka dengan kawalan Umno ke atas semua media massa termasuklah media RTM yang jadi alat Umno sampai nak ceramah pun kena sekat?

2 ulasan:

  1. Sekarang ni dah terbongkar... POLIS2 telah bersekongkol dgn samseng2 tersebut utk membuat ganggu dan menghalan ceramah PAKATAN.

    Patutpun selama ini kita lihat tak ada sebarang tindakkan di ambil kepada samseng2 tersebut dpd mengganggu dan mengacau majlis2 PR. Rupanya POLIS2 ini telah mengajar samseng2 ini macamANA nak buat kacau dan huru hara.

    MEMANG SIAL ......

    BalasPadam
  2. PAKATAN kena gunakan pengawal silat gayung.

    BalasPadam