Khamis, 14 Februari 2013

Tok Lebai Pondok tak berfatwa BN Parti Setan Yang Dikenali

Lebai Malang kata Undi Pas Haram!Macam-macam ada zaman sekarang orang jual agama untuk periuk nasi.Berfatwa untuk periuk nasi, berfatwa untuk selamatkan parti setan yang dikenali terus berkuasa,berfatwa bila dapat bantuan dua tiga juta .Imej lebai dan serban tolak tepi sebab cacing dah naik ke mata tengok duit yang selama ni tak pernah tengok.

Tau apa dia alim kucing.Kata orang alim kucing tu orang yang imejnya berserban dan berkopiah putih tapi buta tentang agama,angkat diri sendiri jadi ulama.Contoh kata ulama dunia Yusuf Al-Qardhawi tu Khawarij.Hasan Al Banna tu Khawarij,benarkan orang bukan Islam guna kalimah Allah tu kapir dan terkini undi Pas haram.Apa yang tak haram jadi haram,apa yang tak kapir jadi kapir.Haram dan kapir dimulut 24 jam.Dulu tak kapir dan haram sebab duit belum masuk,jubah belum penuh duit la ni sikkit-sikit kapir,sikit-sikit haram! Fuuh!

Pemimpin Umno jadi minat dengan Tok Lebai Pondok bila Tok Lebai kata undi Pas haram.Lalu diajak muzakarah tajuk undi Pas haram!Sebab ni urgen job!Tok lebai lupa jasa terbesar Umno yang hentikan bantuan sekolah agama rakyat sejak Tun Madey berkuasa hinggalah sekarang.Lupa kata dalam bajet 2013 berapa sekolah agama dapat?Sebab apa..sebab poket dah masyyuuuk.

Apa komen Pak Lebai bila Tun Madey kata BN adalah parti SETAN yang dikenali?Buat la muzakarah dengan segera.Lebai pondok malang ..bejalanlah bagi luas sikit keluar dari pondok tengok masyarakat luar sama sebelum berfatwa.Pak Lebai tau dak laki Shahrizat Ketua Wanita Umno songlap duit NFC RM250 juta.NFC tau bukan KFC!Tok Lebai tau dak Umno Sabah ada duit haram RM40 juta.Kalau berani mai kita muzakarah.

Apa hukum pilih pembunuh jadi pemimpin?Apa hukum undi perogol jadi pemimpin?Apa hukum pilih perasuah dan kaki makan komisen jadi ketua?Apa hukum pilih pemimpin yang menindas hak orang lain dengan tidak bayar royalti.Negeri setan menang bagi royalti negeri setan kalah sekat royalti minyak.Zalim ka tak zalim?

Sebahagian pemimpin Umno pelawa Pas bersama Umno dan kata pintu sentiasa terbuka untuk Pas bersama Umno.Dalam masa yang sama Umno Terengganu buat kempen Pas 'parti ajaran sesat'.Lebai pro Umno Kelantan pulak kata undi Pas haram.Macam mana ni?

1 ulasan:

  1. Senang cerita pi mampos la dengan umno

    BalasPadam