Kecoh dua tiga hari ni apabila Najib dan Muhyiddin kata TGNA hina penerima BR1M sebagai haiwan.Antara yang disebut TGNA adalah seperti berikut ,"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.
Kata ustaz Azhar Idrus ulas kes yang sama,"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"Baca di sini.
Pedih tu memang pedih la telinga dengaq tapi kata kat Sultan Natang tu hang pa yang kuat Melayu tak rasa pedih ka?
Macam saya kata la orang Cina ajaq Najib nilai duit RM2juta Gangnam Style pon kata NOoo BN tapi ngan kita hanya bagi kicap ja..tak jadi haiwan ka?Maruah kita nilai ngan sebotol kicap ja Umno layan.Ada orang Cina mau terima botol kicap macam ni?Nak bagi kat sapa ni kalau tak bagi kat Melayu dan India?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan