Selasa, 26 Februari 2013

Nak buat gulai kawah ka,tiga rasa ka,masak kurma ka ikut suka la

Amaran PAS: 'Warganegara segera' jangan mengundi-Malaysiakini
Pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli memberi amaran kepada golongan "warganegara segera" yang diberikan hak mengundi oleh kerajaan agar tidak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Hatta berkata, PAS kini bekerjasama dengan NGO Asalkan Bukan Umno untuk memburu golongan tersebut dan menakut-nakutnya individu terlibat, yang diberi kerakyatan untuk menyokong kerajaan BN, agar tidak mengundi.

"Kita akan pastikan mereka yang mengundi benar-benar rakyat Malaysia," katanya dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Hatta juga berkata Pakatan juga akan memastikan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu berlaku di kesemua 700 kerusi DUN dan kawasan parlimen.

Katanya, Pakatan kini di pusingan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan PAS telahpun bersedia sejak dua tahun lalu-M'kini
Kepong,tangkap,tahan lepas tu ikut suka la nak buat apa pon!!!
Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.

"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen.

Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.

Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Kesan pilihan raya 


(Cetakan dari laman web SPR selepas dimasukkan nombor kad pengenalan Nasib)

Semakan Harakahdaily dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan, Nasib akan mengundi di Ijok dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Beliau didaftarkan untuk mengundi di Pekan Ijok, dalam DUN Ijok di bawah Parlimen Kuala Selangor.

Ijok adalah DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menang dengan majoriti 1920 undi dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Parlimen Kuala Selangor pula diwakili oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau menang dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 862 undi.

Jika apa yang dibuat ini benar-benar berjaya, kedua-dua calon Pakatan ini bakal kalah dalam pilihan raya umum nanti.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan