Sabtu, 9 Februari 2013

Umno bawahan dapat apa?

Tadi dok sembang dengan orang kuat Umno saya kata ,"Hang dapat apa masuk Umno?Aku tengok hang  dari dulu kuat Umno tapi tak macam pemimpin Umno yang kaya raya.Takkan hang jadi kukur kelapa ja dok dalam Umno?Bila nak guna bawa keluaq bila tak guna simpan celah pintu.Takat nak makan upah kacau tempat ceramah parti Pas dan PR lebih baik hang pi buat kerja lain.Lagi banyak pemimpin Umno jerit nak pertahan hak Melayu lagi banyak harta depa dapat.Firaun tu bukan main hebat sampai mengaku Tuhan tapi akhirnya tumbang sembah bumi.Jadi tak payah la kacau ceramah Pas dan PR"Merah padam muka dia bila aku kata lagu tu.Dia kat kat saya,"Ishhh aku tak buat aihh kerja lagu tu."

Dapat tanah murah, pemimpin Umno Kelana Jaya jutawan segera-Keadilandaily.com
Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak didesak menjawab pendedahan skandal pemberian tanah di USJ 3B dan USJ3D kepada pimpinan Umno Kelana Jaya pada harga RM2 sekaki.


Dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, antara pemimpin Umno yang menerima tanah tersebut adalah bekas Ketua Wanita Umno Kelana Jaya yang juga bekas Adun Seri Setia pada 2004, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin.
“Seorang lagi, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas iaitu bekas Adun Kelana Jaya yang pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin Umno,” kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.
“Hairan bagaimana orang yang terlibat dengan bahagian disiplin terbabit dengan skandal ini tatkala rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.
“Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi ‘jutawan segera’,” katanya.
Skandal ini lanjutan pendedahanan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beberapa bulan lalu.
Nik Nazmi mempersoal bagaimana kadar bayaran premium tanah seluas 5,000 kaki persegi itu rendah sedangkan menurut kajian, harga pasaran semasa tanah itu RM175 sekaki.
Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun.
Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun.
“Saya dapati ada tanah yang dijual dan dipindah milik. Saya syak tujuan mereka memiliki tanah berkenaan hanya untuk mengutip ‘untung atas angin’,” ujarnya.
Beliau turut membidas dakwaan kononnya mereka menerima tanah itu hasil memperjuangkan kemerdekaan.
“Saya kesal kerana dua kawasan USJ itu tidak digunakan untuk kemudahan awam dan komuniti tetapi lebih bermotif peribadi,” kata Nik Nazmi.
Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dipetik berkata, tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun, diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001, era pemerintahan BN.

1 ulasan: