Selasa, 26 Februari 2013

Mat Monggolia dah ketaq lutut

PI Bala di forum siapa arah bunuh Altantuya

Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.
forumEmpat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.
“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam-Keadilandaily.com

Kenapa semua ni berjalan dengan lancar?Siapa yang akan terpelanting?Malaysia akan dapat PM baru tak kira samaada PR atau BN yang berkuasa.Yang pasti PM baru.

Baca juga;
Pengakuan Bala,Deepak:Polis wajar buka semula kes Altantuya-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan