Jumaat, 8 Februari 2013

Dok tunggu NGO Melayu-Islam yang pertama berani buat laporan polis terhadap Deepak

Saya nak cabar kepada NGO-NGO yang jadi kuda tunggangan Umno atas nama Melayu Islam berani buat laporan polis akan segala pendedahan dasyat hingga libatkan kes bunuh Altantuya terhadap Deepak.Kalau Deepak buat fitnah,hina Bini PM dan PM Najib buat la laporan polis kalau berani!

Kalau berani hantar kek berbentuk taik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,samseng dalam tempat ceramah   PR, main drama jadi orang Pas untuk raih politik murahan kenapa NGO-NGO pro Umno berdiam diri segala tuduhan Deepak terhadap Rosmah dan Najib?Kenapa Deepak begitu lantang dan berani kata macam-macam terhadap Najib-rosmah?Hasan Ali,Zul Kulim dan Braheng Ali sila buat laporan polis kalau berani la.

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti-Harakahdaily
Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.

Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.

"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya. 

Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.

Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan  Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.

Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.

Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.

Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.

Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.

"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.

Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.

Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. cer cerita mana ada melayu islam dalam umno ....melayu munafik adala

    BalasPadam