Isnin, 25 Februari 2013

Ketua Wanita Umno-BN sila tangkis yang ni dulu


Wanita BN tubuh pasukan khas tangkis tohmahan pembangkang-M'insider

Wanita Barisan Nasional (BN) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang, terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pewujudan pasukan itu penting kerana kunjungan dari rumah ke rumah memberi kesan ketara dalam mempertingkat sokongan rakyat.
“Jentera pilihan raya Wanita BN kini berada di fasa terakhir, dan kita perlu lipatgandakan usaha bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dilempar pembangkang.-M'insider
Ini bukan fitnah Ketua Audit Negara sendiri sahkan projek lembu NFC berlaku pecah amana duit rakyat.Jawab la yang ni dulu sebelum nak selak kain orang lain.
Di negara lain kalau laki terlibat dengan penyelewengan wang rakyat dan bininya jadi menteri dan ada jawatan dalam parti dah lama letak jawatan sebab palitkan taik ke muka parti dan negara.Shahrizat letak jawatan sebagai menteri tapi jawatan Ketua Wanita Umno masih kekal.
Kalau kita la ..eeeeeee tak gamak nak cakap dan selak kain orang lain aiihhh.Saya teringat Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang desak Shahrizat letak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno kerana kata beliau;
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah."Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."
Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.
Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.
"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.-petikan daripada mStar Online 22 Mac 2012 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan