Apa yang ditulih oleh blog Penarik Beca dan Tinta Merah (MSO) tentang siapa bakal calon PM Pakatan Rakyat jika rakyat bunuh kuasa Umno-BN dalam pru 13 telah mencetuskan fenomena dan rasa curiga sesama pemimpin PR.Hal ini telah merebak ke peringkat bawahan dengan penyokong Anwar telah memberikan signal yang jelas bahawa 'DSAI PM ke 7'.
Malam tadi Anwar Ibrahim berceramah di Dun Seri Muda dan Dun Andalas dalam parlimen Kota Raja telah diberikan sambutan oleh penyokongnya 'DSAI PM ke 7'
Gambar dari blog OmakKau.
Nah! ambik!.Signal ni jelas ditujukan kepada perbincangan pemimpin Pas yang malas saya nak sebut nama yang tolak Anwar sebagai PM.Antara Pas dan PKR sapa nak jadi PM saya tak kisah sangat tapi macam Penarik Beca kata la bunuh kuasa Umno-BN bagi mampoih dulu baru buat kira.Tiada siapa yang boleh tentukan siapa nak jadi PM melainkan atas persetujuan tiga parti dalam PR.Kalau bincang dalam satu parti nak tolak orang itu orang ini jadi PM kita telah dilihat jadi pemimpin yang kawan makan kawan la.
Semua orang tau kita pi minang anak dara orang dan dah heboh satu kampung kata yang kita pilih nak buat bini tu dah diketahui orang.Tiba-tiba hari menikah orang lain pulak jadi bini kita.Mau tak terkejut orangramai yang datang.
Yang pasti orang di luar parti baik macam manapun memang tak layak jadi PM jika PR berkuasa.Yang duduk dalam parti pun kalau tak ada jasa sebesaq habuk pun tak layak jadi PM!
Masuk parti cap apa pun jangan jadi taksub kepada mana-mana pemimpin.Kalau pemimpin tu buat silap mampoih kita tak berani tegoq!Jadi assobiyyah la kita.Tak ada dalam diri saya parti Mat Sabu,Parti TGHA,parti TGNA,parti Nasha,Parti ustaz Haron Din dan parti Anwar yang ada nak lawan Umno-BN bagi mampoih.Sapa tak betoi kita lawan.
Kata Ahmad Lutfi Othman Ketua Editor akhbar Harakah dalam FB beliau,"Ramai bercakap tentang perlunya Pakatan umumkan lebih awal calon Perdana Menteri dan ada pula merasakan biarlah dulu, tunggu keputusan PRU13 ... Anda macamana?"
Baca juga;
Menjelang PRU,Pas teragak-agak dengan Anwar sebagai calon PM-M'insider
nampak sangat bodo kalau kita asyik duk rioh sapa pm kalau menang jangan jadi bodo.fokus utama tumbangkan bn dulu pastikan menang dulu orang-orang yang sesuai untuk jawatan tu dah ada jangan duk tunjuk hasad dengki sesama kita dalam urusan ini.jawatan itu amanah sanggupkah nak pikul ikut seperti perintah Allah dan Rasul.cari idea macam mana nak atasi segala bentuk tipu helah yang digunakan musuh untuk pru ini bukan duk buat isu nak pecahkan pr cakap agama hoi berapi api berapa orang boleh ikut seperti khalid al walid
BalasPadam