Muhyiddin Yaasin kata jika BN menang duit BR1M mungkin RM1000 diberikan.Najib pulak kata jika BN menang lagi pru 13 akan ada BR1M tiga dan empat.Apa lagi yang mampu dilakukan pemimpin Umno ketika gelombang rakyat mahu ubah kuasa yang ada di Putrajaya kalau tak diumpan dengan duit?
Pemimpin Umno perlakukan orang Melayu dan rakyat Malaysia betul-betul macam tak ada maruah dan harga diri.Mereka ingat rakyat senang dibeli dengan harga RM100-RM1000 ja untuk sokong BN.
SPRM pulak lawak bodoh dengan kata tiada kuasa dakwa parti yang bagi duit dalam musim pilihanraya.
Soal salah guna kuasa dan seleweng wang rakyat hingga beratus juta ringgit tolak tepi janji rakyat terpedaya dengan janji wang ringgit yang ditabur.Politik bagi duit dan habuan politik sebab undi BN semakin ketara sejak Najib jadi PM sebab mahu terus kekal berkuasa.
Mereka tidak berusaha untuk hapuskan tol,kekang kenaikan harga barang yang semakin melambung,cukai kenderaan yang semakin melampau dan kawal harga rumah dalam bandar yang semakin tinggi.Mereka hanya berjanji dan berjanji dengan wang cash janji BN berkuasa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan