Baca betul-betul gelagat yang menggelikan hati malah memalukan Umno Selangor sendiri
Noh Omar:Kami semua kem BN Selangor
Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menolak andaian bahawa pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah pilihan raya BN Selangor merupakan usaha untuk meredakan persaingan di antara fraksi berbeza dalam BN Selangor.
Beliau membandingkan situasi itu dengan keadaan dalam pentadbiran Pakatan Selangor, di mana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri.
"Apa kena mengena Anwar Ibrahim nak jadi penasihat (ekonomi) negeri? Adakah dia tak yakin dengan kepimpinan MB yang kononnya tokoh korporat?
"Di Selangor, tokoh korporatnya di situ, timbalan presiden PKR-nya di situ. Adakah PKR juga berpecah sehingga Anwar Ibrahim terpaksa menjadi penasihat?," soal menteri pertanian dan industri asas tani itu.
Noh menjelaskan, beliau dan koordinator BN Selangor Datuk Seri Zin Mohamad menjalankan tugas berbeza dalam menghadapi pilihan raya namun mereka tetap berada dalam kem politik yang sama.
"Kem kita adalah kem BN. Sekarang ini Datuk Zin timbalan pengarah pilihan raya, sebelum ini dia koordinator.
"Saya sebagai timbalan pengerusi BN, saya akan tumpu aktiviti-aktiviti parti.
"Selangor ini kita tahu negeri kita nak lawan pembangkang, jadi kita mesti tumpu kerja kita dan tanggungjawab ini tak boleh dipikul seorang," katanya.-Malaysiakini
Kesian..sampai dah tak kenal mana satu pembangkang mana satu kerajaan di Selangor.Huruf alif pun kata batang kayu haha.Terbukti Umno Selangor berkecamuk dan saling berebut gila nak jadi MB.Kalau tak berebut takkan Najib sendiri terpaksa lantik diri sendiri ketuai Umno Selangor.Jadi kerajaan dia nak lantik sapa pun dia punya suka la.Cuba tanya Noh Omar 2 x 5 berapa..kalau dia jawab 12 kompon kena hantar buat rawatan .Najib nak jaga Pahang lagi yang juga dah goyang,P.Bala dan Deepak juga tengah pecah lubang habih semua terkangkang.Najib pening...
Ayat yang sama diulang-ulang untuk bodohkan rakyat Selangor tapi yang nampak kebodohan diri sendiri.Cari la yang cerdik sedikit takkan tak dak muka lain dah yang Umno nak tonjolkan di Selangor semua dah jadi kuda tua ja.Cakap pulak merapu-rapu tak habis-habis.Sanggup ka rakyat Selangor nak pilih semula Umno-BN kuasai Selangor.Tauladan yang buruk ditonjolkan bekas MB Selangor Khir Toyo akan berulang jika BN kembali berkuasa di Selangor.Tapi Khir Toyo tentu setuju dengan aku dengan sikap Noh Omar yang nampak sangat tak cerdik berpolitik.
Kalau orang Melayu tak bangkit lawan kebodohan Umno maka bertambah seronok la Umno-Bn terus kuasai Putrajaya.Depa ingat kita ni macam lembu NFC yang dicucuk hidung sampai dapat telan RM250 juta!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan