Mau tak mau kita semua rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi termasuklah pendatang haram yang dapat My Kad akan mengundi dalam pru 13 untuk pilih kerajaan baru.Macam-macam nama diberikan Najib untuk beli undi rakyat Malaysia seperti BR1M,BL1M,TR1M,KR1M dengan duit.Nama berbeza tapi jawapan hanya satu iaitu beli undi.Yang kuat semangat nak lawan Umno-BN tidak akan kecundang tapi yang tak kuat semangat akan tertiarap meleleh air liur kecundang di kaki BN.Banyak janji Najib dalam bajet 2013 tidak ditunaikan tapi banyak yang tertipu dengan pemberian duit RM100-RM500.
Umno yang ingat pengundi Melayu sebagai aset mereka untuk terus berkuasa ambil mudah akan layanan kepada orang Melayu.Najib kini lebih bertumpu kepada orang bukan Melayu dengan menghiburkan mereka dengan hiburan sejam kena bayar RM1 juta lebih dengan artis Gangnam Style Psy.Utusan Meloya kata orang berkumpul sampai 80 ribu.Syoknya depa bermain angka dalam kawasan padang sekolah yang besar ciput tu.
Orang Melayu bergembira dengan nilai duit RM100-RM500 tapi artis luar dibayar sejam RM1juta lebih!Gangnam la puas-puas sebelum di 'ganyang' dalam pru 13.Daftar pemilih SPR yang meragukan tidak dibersihkan tapi sanggup perabih duit untuk berGangnam Style selama sejam sejuta ringgit lebih!Lebih malang lagi dalam konsert Gangnam Style tu Najib dimalukan apabila Najib kata ,"Are u ready for BN?"Penonton ramai ramai pakat kata, "Noooooo!!!!."Tengok video di sini.
Kita nak pilih siapa sebagai pemimpin?Itu hak mutlak kita.Jika kita boleh dibeli dengan kuasa duit sudah tentu kita akan pilih BN untuk terus berkuasa.Nak pilih pemimpin rasuah,perogol anak gadis,perogol amah,pemimpin yang berkawan dengan pembunuh pilihlah itu hak masing-masing.Pemimpin bukan turun dari langit yang ketujuh tapi pemimpin adalah di kalangan kita.Kita yang akan pilih mereka sebagai pemimpin.Bukan pemimpin naik sendiri jadi pemimpin.
Tak payah nak bising-bising jika BN terus berkuasa lagi kerana kita yang pilih bagi mereka menang.Kita pilih perasuah sebagai pemimpin kita juga terlibat dengan rasuah, kita pilih pemimpin yang seleweng wang rakyat kita juga masuk dalam golongan tu.Cukup mudah.tak payah makan rasuah,makan duit rakyat tapi cukup dengan undi mereka kita terlibat sama.Kita nak pilih pemimpin yang jadi kuli rakyat atau jadi bos adalah di tangan kita.Kita bos dan raja di hari mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan