Khamis, 28 Februari 2013

Kalau 'Orang Putih' pun depa kencing tambah la kita orang Melayu


Menteri kata biar pihak berkuasa siasat kes tipu RM12.8 juta-The Malaysian insider

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata biar pihak berkuasa menjalankan siasatan keatas bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan lain kerana menipu 60 pelabur British sebanyak RM12.8 juta.
Pelabur British hari ini mendedahkan mereka telah memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas Abdul Azim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.
"Apa yang berlaku sangat malang dan kami bersimpati dengan mereka.
"Daripada apa yang saya faham, terdapat laporan polis dan siasatan sedang berjalan. Jadi kita biar pihak berkuasa yang uruskannya," kata beliau .
Mustapha juga mengaku mengetahui tentang penipuan tersebut sejak 4-5 tahun lalu dan beberapa usaha serta pertemuan sudah dilakukan dengan kumpulan tersebut untuk mencari jalan penyelesaian.
"Perkara ini telah tertangguh sejak empat, lima tahun.
"Mereka telah bertemu saya dan juga pemimpin yang lain," tambah beliau lagi.
Dalam sidang media selepas pembentangan Prestasi Pelaburan 2012 di ibu kota itu juga, Mustapha memberi jaminan tindakan segera akan diambil keatas individu yang didakwa dan biarkan ia diselesaikan antara mereka yang terlibat dalam perkara tersebut.
"Mereka telah meminta pertolongan dan kami telah cuba sebaik mungkin tapi perkara ini adalah sulit antara kedua-dua parti," tambah beliau lagi.
Menurut peguam pelabur British tersebut, Hasnal berkata: "Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport.
"Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan," katanya lagi.
Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009.
Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia.
Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan.
Azim - yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 - juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut.-M'insider
Cukuplah 55 tahun kita djajah pemikiran supaya bertuhankan Umno yang sering menakutkan orang Melayu dengan kata,Umno tumbang Melayu merempat.Umno yang perlukan Melayu ..Melayu tak dak Umno pun dah lama boleh hidup!
Haha..kalau orang putih pun depa boleh kencing takkan kita orang Melayu tak sedar-sedar lagi!

Perkara yang Umno paling suka dalam dunia ni ialah apabila orang Melayu hanya bincang pasal ari ni nak makan apa,buat cucuq apa,masak gulai apa,ajak cari rebung nak buat masak lemak..tapi kalau orang Melayu bangkit lawan Umno tu yang depa paling tak suka!

4 ulasan:

  1. Perkembangan yang kurang sihat ni... apa pasal dok tipu ni... nanti kena boikot lagi ramai yang susah

    BalasPadam
  2. Dato Pa dh tahu kes ni 4-5 tahun yg lalu..knpa x report ? sbb yg terlibat org ameno..mampus rakyat ada pemimpin mcm ni...semua nk rembat...mcm haram jadahhhh perangai sekor2...

    BalasPadam
  3. Memang jenis bangsat diorang ni, ada peluang semua rembat, sekarang dah pergi international lak.....

    BalasPadam
  4. Kalau tak menipu bukan diorang. Biasalaa benda dah turun menurun.

    BalasPadam