Ahad, 7 Oktober 2012

Pemimpin Pas kena memahami isu pentadbiran sebelum tawan Putrajaya

Saya amat tertarik tulisan Peguam Pas Hanipa Maidin dalam Harakah edisi cetak Isnin bil 1782 yang bertajuk 'Memahami proses membuat keputusan ' N4.Pada mukaddimah tulisan beliau Hanipa berkata,"Sebagai parti politik yang insya Allah berpeluang untuk memerintah Malaysia, pimpinan dan ahli Pas di semua peringkat perlu memahami tentang isu-isu pentadbiran (governance).Bagi Hanipa undang-undang pentadbiran ini amat penting untuk difahami kerana kegagalan memahaminya akan mendedahkan sesebuah kerajaan atau institusi  di bawahnya kepada amalan-amalan yang bersifat berat sebelah (dikriminasi),arbitrari dan menyimpang daripada lunas-lunas keadilan."

Peguam Pas itu mengambil beberapa contoh kes universiti dan kolej di negara ini yang bertindak secara arbitrari dalam mengambil tindakan.Beliau mengambil contoh kes Universiti Malaysia Perlis (Unimap),Universiti Tun Hussein dan juga kolej Kuin di bawah kerajaan negeri Kedah.Kata Hanipa lagi,Antara pihak yang sering berbuat demikian adalah pihak universiti dan kolej di negara ini.Walaupun pahit tapi atas nama muhasabah dengan tujuan mendidik, saya katakan institusi pengajian tinggi di negara ini yang di bawah Pakatan juga malangnya ada juga membuat kesilapan yang sama walaupun ia masih tergolong dalam kes terpencil.

Pada 25 september yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib Unimap bertarikh 17-4-12 yang memutuskan seorang pelajarnya didapati bersalah atas dakwaan melakukan kesalahan tatatertib.Hakim memutuskan pelajar menang dan Unimap diperintah bayar kos.Kata Hanipa ,Saya melihat transkrip perbicaraan pelajar di Unimap dan tidak keterlaluan saya katakan sepertimana perbicaraan tatatertib di universiti-universiti lain, perbicaraan  tersebut tidak ubah seperti perbicaraan di dalam mahkamah kanggaru.
Kata Hanipa Maidin lagi;
Sebelum ini hakim yang sama (untuk kes Unimap) juga memutuskan bahawa pengagantungan beberapa orang pelajar Kolej Insaniah (Kuin) juga adalah ultra vires.Walaupun ada ahli Pas yang tidak senang saya mewakili pelajar-pelajat itu sedangkan Kuin diwakili Karpal Singh, saya katakan Islam mengajar keadilan wajib ditegakkan hatta kepada 'keluarga' kita sendiri.

Saya pernah wakili pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dizalimi dan digantung tiga semester kerana hanya memberikan pendapat dalam satu forum.Alhamdulillah kerakusan UUM menyaksikan akhirnya mereka sendiri bersetuju membayar pelajar tersebut ganti rugi sebanyak RM70,000.

Jika selama ini saya banyak mewakili pelajar yang digantung atau dipecat dari universiti itu adalah penyokong Umno , adakah sebagai peguam saya dikehendaki berdiam diri jika universiti di bawah Kerajaan Pakatan juga melakukan kesilapan yang sama.Di mana saya nak letakkan prinsip keadilan yang diajar oleh Islam pada parti Islam yang saya sertai.

Jika orang Barat mengatakan,"tegakkanlah keadilan meskipun runtuhnya langit", hakikatnya itulah prinsip keadilan yang Islam tonjolkan dalam Al Quran dan Al Sunnah:tegakkanlah keadilan dalam apa keadaan sekalipun!!!.

Baca semua sila langgan akhbar Harakah edisi terbaru seperti di atas.

4 ulasan:

  1. Oleh itu sepatutnya dalam Parti PAS sendiri mesti membentuk sebuah mahkamah yang benar-benar menggambarkan keadilan Islam ketika membicarakan kes-kes tatatertib melibat ahli biasa dan kepimpinan yang kadang jika dilihat dengan sebelah mata sekali pun sudah memihak dan dapat diagak keputusan. Inilah tugas Hanipa kerana dia peguam PAS dan tahu undang-undang.

    BalasPadam
  2. Masih byk yg perlu dipelajari terutama berkaitan dengan kuasa, bidang kuasa dan cara2 menguruskan kuasa......mentadbir negeri dan negara tidak sama dengan mentadbir sesebuah parti.....parti hak ahli, tetapi negeri dan negara adalah hak rakyat.....kena faham molek, barulah boleh jadi kerajaan......

    BalasPadam
  3. Mentadbir negeri dan negara tidak sama dengan mentadbir sesebuah parti......parti adalah hak ahli2 parti, tetapi negeri dan negara adalah hak rakyat......kena faham molek, barulah boleh jadi kerajaan.......

    BalasPadam