Sabtu, 13 Oktober 2012

Transformasi tipu rakyat ,sapu 1Malaysia

Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah-M'kini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk Umno.

Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.

"Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

"Kami tidak boleh mendedahkannya kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka (juga) tidak mendedahkannya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Diminta oleh wartawan untuk mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

"Ya... Apa sahaja selagi ia dilakukan mengikut saluran atas nama parti."

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan umum, Najib hanya membalas:

"Tanya pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.

Transperancy International Malaysia turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut.-M'kini

Kalau bagi RM40 juta agak-agak orang yang labur banyak tu berapa laba dan untung yang depa dapat?Kalau buat bisnes untung paling kurang depa mau 1 kali ganda daripada wang yang dilaburkan.Lagi kurang pun setengah kali ganda.Sapa mau bagi RM40 juta kalau tak dapat apa?

Macam-macam program transformasi Najib laungkan tapi mereka juga jadi saudagar transformasi yang mahu menipu rakyat takut rahsia terbongkar.1Malaysia dah jadi sapu 1Malaysia.Wasatiyyah Najib benarkan jadi penipu rakyat hidup-hidup.Setakat nak corner tanya balik kepada pihak lain nampak sangat kata Najib mati kutu nak pertahankan duit RM40 juta tu.Patut la Najib amat takut masuk parlimen dengar perbahasan bajet 2013.Takat baling taik dalam gelap tu baru sama taraf dengan kaki gedebe Umno dalam ceramah PR.

Kalau RM40 juta tu untuk Umno itu dana politik kalau untuk parti lawan Umno dah lama yang kena siasat jatuh bangunan, mati mengejut dan disiasat 24 jam.Pejabat digeledah, peralatan komputer dirampas.Peguam Negara cepat-cepat buka fail untuk didakwa di mahkamah.

1 ulasan:

  1. Perghhh.....patutlah tak reti tadbir ekonomi negara! Lain orang tanya lain pula dijawab! Orang tanya siapa yang sumbangkan wang..dia pi jawab tanya pembangkang berapa yang mereka terima! Tak ke boddo orang panggil tu? Kalau ambil exam ni, mahu fail exam ajib nih! Entah spm dapat berapa tah kalau macam ni cara ketua 1Malaysia jawab.

    BalasPadam