Sabtu, 13 Oktober 2012

Nasha buat-buat lupa kata Pas bukan 'Parti Angkat Senjata'

Masih terngiang-ngiang di lubang telinga saya kata-kata ahli majlis syura Pas ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kata ,"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?
"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," Kalau tak betul apa yang disiarkan Malaysiakini Nasha sila saman.

Saya nak tulih begini;
Pas bukan 'parti angkat senjata'.Kita masuk pilihanraya dan berpolitik dalam lingkungan demokrasi bukan nak pi perang dan angkat senjata bunuh musuh politik kita.Semasa zaman usrah dulu tukang usrah guna buku Syed Qutub dan Hasan al Banna yang juga tokoh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin Mesir.

Kini gerakan Ikhwan dah jadi pemerintah di Mesir.Ikhwan bertahaluf dengan puak Kristian di Mesir untuk tumbangkan regim zalim diktator Hosni Mubarak yang kini disumbatkan ke dalam penjara.Kini pemimpin Ikhwan dah jadi presiden Mesir.Salahkah dan berdosakah depa berpakat dengan golongan Kristian tumbangkan regim Mubarak?

Ambik contoh pulak di Lebanon parti Hezbollah berpakat dengan parti Kristian untuk hadapi pilihanraya di Lebanon dan mereka menang besar dalam pilihanraya.

Setiap rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi layak untuk mengundi dalam pilihanraya tak kira dia Islamkah,Buddhakah,Kristiankah dan tak ada agama sekalipun layak untuk mengundi.
Pakai serban merah dahi hitam layak mengundi.Misai tebal macam ular sawa, kaki samseng dan gedebe layak mengundi.Pondan lorong Haji Taib layak mengundi.Kaki mabuk, kaki arak , kaki judi semuanya layak mengundi.Salahkah kalau mereka menyokong Pas untuk tawan Putrajaya?

Kita bukan nak pi perang dan angkat senjata kita cuma mau regim parti syaitan yang dikenali tumbang menyembah bumi.Presiden Pas sendiri yang kini dah 'sedar' secara tegas berkata,"Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali."

Najib kini sedang menunggu Pas keluar daripada PR.Kalau Najib berada di Kutub Utara dan Kutub Selatan sekalipun kalau dengar Pas dah keluar daripada gabungan PR yang dulunya Nasha sendiri salah seorang terlibat menubuhkan PR maka Najib akan terus pulang untuk istiharkan parlimen dibubarkan.

Jalan terbaik buat Pas ialah dengan memecat Nasha walaupun beliau sendiri takut  untuk keluar sendiri daripada Pas.Biarkan beliau menumpang kasih dengan Asang Ali dan Umno.Tak payahlah cakap berbunga-bunga ini najis  Mughollazoh, ini najis mutawasiitah, ini najis mukhoffafah cakap saja saya nak masuk Umno.Lagi lama Pas biarkan Nasha dalam majlis syura lagi bahaya.'Wabak penyakit' ini jika dibiarkan akan berjangkit-jangkit maka ketika itu tak guna lagi untuk bertindak.

Perangai Nasha juga yang dianggap sebagai golongan agama kini menyebabkan golongan ustaz dalam Pas dipandang serong dan tidak dipercayai.

2 ulasan:

  1. Makin dekat pilihanraya ..lagi ternganga pimpinan PAS dibuatnya. Pada masa tu, masing-masing pimpinan sibuk mau jawab pd media ..akhirnya masa & tenaga terbuang tanpa faedah. Yang dikejar xdapat,yg dikendong berteraburan.Cakap atas nama majlis Syura, ini yg bahaya. Ahli pas x ada masalah. Yang akan timbul masalah besar nanti adalah penyokong pas, pengundi atas pagar, DAP dan PKR. Nyesal kemudian xada guna,
    Nasi jadi bubur ..bolehlah dimakan lagi ..ni bubur dah jadi beras sapa mau makan beras.

    BalasPadam
  2. Biarkanlah Nasha berkokok sendirian. Pas dan PR tak perlu khuatir kerana Nasha bukan pemimpin yg hebat sangat. Dia menang Timbalan Presiden sebelum ini pun kerana Dr. Harun Din tak mahu bertanding. Biarlah dia di bekukan di kerusinya di Majlis Syura. Dia nak tunjuk HERO jika di pecat. Biasalah nyawa-nyawa ikan ni. Nampak hebat melompat-lompat didarat tetapi akhirnya mati juga sebab dia perlukan air untuk hidup.

    BalasPadam