Selasa, 23 Oktober 2012

Ubat terbaik menipu dalam pilihanraya ialah kita turun di jalanraya

Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah-Anwar _keadilandaily.com

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Terdapat kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur persekolahan.
Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.
“Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat,” kata Anwar.
Beliau berkata, antara contoh kes ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.
Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.
“Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?” soal Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, maklumat tersebut diperolehi selepas audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25 Mac lalu.
Belum lahir, tapi layak mengundi
Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.
H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.
Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.
Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.
Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
“Belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu.
“Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,” tegas Ketua Umum KEADILAN itu.-Keadilandaily.com
8 Tuntutan ini belum ditunaikan hingga kini.Parti syaitan sibuk mainkan isu agama dan perkauman supaya rakyat lupa akan 8 tuntutan ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan