Jumaat, 5 Oktober 2012

Bukan dengki tapi terkejut

Pemimpin Umno memang hebat-hebat belaka .Kalau bab perabih duit mereka memang hebat Sultan pun boleh kalah.Ketua Menteri Melaka yang pecah rekod Malaysia kerana majlis kahwin anakya dihadiri 130,000 jemputan pusing 360 darjah untuk pertahankan dirinya dengan berkata Pakatan dengki dengan kenduri kahwin anak saya.Bukan dengki cuma nak tau berapa bajet kenduri kahwin tersebut yang didakwa Ali Rustam 'hanya' RM600,000 sahaja.Kata salah seorang tukang komen dalam FB Hans Saiful,"Ali Ketam yang sengal dan bodoh.. Rakyat cuma nak tahu dari mana datang duit sampai rm600000 belanja kahwin. Kalau gaji rm20000 sebulan belum tentu bole buat belanja kahwin sebanyak itu. Itu je rakyat nak tahu. Masalah dengki tu memang takda lah. Tak kan dalam kubur baru nak jawab dari mana duit tu datang. Fikir-fikir kan lah sebelum nyawa diambil oleh Allah SWT."

Sudah la rakyat terkejut dengan kekayaan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang didakwa sebagi lelaki terkaya di Malaysia dengan aset keluarganya berjumlah RM64 bilion kini rakyat nak tahu saja mana Ali Rustam korek duit untuk belanja kahwin anak beliau.Ali jawab lain dan melencong bila kena gasak dengan rakyat.Cuba pikir la logik ka semua petugas satu sen pun tak dibayar untuk majlis yang dihadiri 130,000 orang?

Buat kerja dengan Umno mana ada free.Kalau free tobat orang tak mau.Gantung bendera,pacak bendera, tampal poster Umno-Bn semua kena upah.Ni semua orang tau.

Kata Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu ulas isu kahwin anak Ali Rustam,"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.
"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.-Harakahdaily Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalitha Malaysia'.

Pemimpin Umno kalau kena atas batang hidung depa Ngo pro Umno senyap tak kata apa, tak berani menyalak atau buat sebarang laporan.Ya la makan kenyang buat apa nak menyalak.Kata orang dulu-dulu,"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati".

Baca juga;

3 ulasan:

  1. "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati." Tak kiralah kenyang dengan duit rompak ke, samun ke. Pemimpin2 UMNO dan BN nampaknya cukup bebal sekarang ni. Makin nak mampos nyawa/kuasa politik mereka, makin itu mereka menunjuk2 sifat2 jijik yang dibenci oleh rakyat.

    BalasPadam
  2. sebelum kuasa diberikn pd pembangkg,ada baik nya mrk abihkn dlu boraih,bab tu la najib berusaha keras ntuk meningktkn utang ngr..kalo x dpt kt ds anwar utang tu,bg pd udin yassin pun ckup la..kn najib pun ada dendam ngan udin gara2 gosip yg tersebar

    BalasPadam