Soi Lek :Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat-Malaysiakini
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.
Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.-M''kini
Hudud hilang pekerjaan 1.2 juta rakyat:Soi Lek dibantah-Harakahdaily
Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.
Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.
Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.
“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.
"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.
Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.
Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.
“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.
Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.
“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang. Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.
Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.
“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.
Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.
Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."
(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).
Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.
(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).
Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."
(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).-Harakahdaily
Mana dia jaguh Hudud yang pegang kad keahlian parti Islam?Kita tak payah nak tanya ulama muda Umno sebab mereka pon duduk dalam kelompok BN yang Tun Mahathir gelar sebagai 'parti syaitan yang dikenali'.Apa macam Ustaz Nasha dan mereka-mereka yang pertahankan ustaz Nasha dengan apa yang Soi Lek kata?Ok ke..tak rasa apa-apa ka?Takkan diam ja.Takkan kalau DAP cakap pasal Hudud ja dikatakan hina Islam?
Kata-kata Soi Lek adalah agenda politik yang mau pikat pengundi Cina supaya meyokong parti MCA yang kini orang Cina sendiri kata 'dah bungkus' atau gulung tikar.Dalam masa yang sama Soi Lek semakin laju dan deras hina Islam walaupun Umno adalah rakan kongsi mereka.Umno kalau bab nak mentekedarah dan hisap darah rakyat mereka adalah juara tapi kalau MCA dan Soi Lek hina Islam mereka menikus takut kepada MCA.
Kita tak akan terima samaada DAP atau MCA dan siapa saja kalau hina Islam.Hang pa jagalah agama hang pa kami jaga agama kami.Kita boleh bersama dalam bab lawan kezaliman Umno-BN tapi bab agama Islam kalau tak reti dan faham tak payah la cakap.
Aku menunggu kenyataan Asan akidah, Nasya UG,Dollah Samah(50 sen),MatNoor kasyaf tentang hinaan pelakun Porno MCA nih!Haram ke halal ke atau Halam sokong MCA? Kalau ada telo jawab!!!!!!
BalasPadam