Najib terus menakut-nakutkan rakyat supaya jangan tukar kerajaan yang ada di Putrajaya.Umno-BN anggap hanya mereka saja yang pandai buat itu dan buat ini.Najib umpama orang yang takut hantu tapi menakut-nakutkan orang lain dengan menyamar sebagai hantu.Pada hal dia sendiri jika diusik lari lintang pukang.Nak cakap bohong ka, mengusik ka takat budak-budak Tadika Kemas boleh la cakap merapu.
Kata Najib Tiada peluang tukar jika Pakatan hancurkan negara.Antara lain Najib kata "Kalau kita benarkan perkara itu berlaku hari ini, sesetengah taikor (pembesar) dalam dewan ini, barangkali pakai selipar getah, kaki ayam (sekarang)," katanya lagi.Najib menakut-nakutkan bukan saja orang Melayu malah orang Cina pun Najib takut-takutkan supaya tidak sokong Pakatan.
Najib terlupa kata di Selangor sejak Pakatan berkuasa empat tahun lalu dah ada aset tunai kerajaan negeri sebanyak RM2.1 bilion.Begitu juga di Pulau Pinang.Malah laporan Ketua Audit Negara 2011 memuji negeri-negeri yang dikuasai Pakatan berbanding BN.
Jika kuasa di Putrajaya bertukar tangan kepada PR yang lingkup hanyalah BN bukan kita.Nak pakai selipar Jepun ka,pakai cawat sekalipun ialah pemimpin BN bukan kita.Kita PR berkuasa di Selangor dan negeri lain belum ada yang mati kelaparan bahkan di Selangor siap dapat air percuma lagi bagi rumah yang guna meter individu.Pemimpin BN nak gila sekalipun kita tak risau sebab wad gila dan sakit mental dah sedia menunggu.
Cuba lihat Umno kini terpaksa wujud jawatankuasa khas tangani ahli parti yang sabotaj calon Umno-BN.Umno bagi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahli yang cuba belot dan tikam belakang.MCA juga bagi amaran yang sama mau bertindak terhadap ahli MCA yang sabotaj parti.
Sebenarnya BN dah nazak sangat-sangat dah tu yang jadi tak ketawan hala.Bukan takat MCA kutuk Dap tapi Najib juga kutuk Dap dengan kata Melayu dah muak dengan DAP.Najib lupa kata rakyat kini semua muak dengan parti syaitan tak kira la MCA Ka,UMNO ka atau MIC sekalipun.Yang ada dalam minda rakyat hanya mau tukar regim di Putrajaya.
Orang kerja makan gaji kerajaan pun la ni walaupun takut-takut berani dah berani kata,"Ini negara demokrasi terpulanglah kepada kita nak pilih sapa pon."
Bagi penjawat awam, yang takut kat hantu tu puak-puak ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua kementerian! Diorang ni yang lebih.kekadang lebih dari UMNO bab penakut ni samapai lupa tugas dan peranan sebagai penjawat awam yang berkecuali! Patutnya ketua jabatan yang penakut begini patut letak jawatan kalau bertukar kerajaan nanti sebab penakut tahap gaban! Kita yang kerani cabuk ni peduli apa....
BalasPadamtolak si mr bean tu blik ngra dia, di mongolia
BalasPadam