Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang tersebut.
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.
“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.
“Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya,” kata Najib (gambar).
Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa.
“Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros.
“Asalkan ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak mengenai mendapatkan bantuan kewangan, saya rasa ia bukan satu kesalahan,” tambah Najib lagi.
Semalam, naib presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa PM memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang semalam.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail).
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan