Selasa, 2 Oktober 2012

Bajet Najib bagi RM250,hakim bagi kepada bekas tahanan ISA RM15,000 sehari!

Ini petanda buruk buat Umno-BN.Bukan takat bibir Najib merah menyala bahkan muka Najib seluruhnya merah padam.Jika hakim tidak ada campurtangan politik mereka akan buat keputusan dengan betul tanpa rasa takut dan gentar.Ni baru mahkamah dunia mahkamah akhirat nak kira lagu mana?


Mahkamah putuskan penahanan ISA 2001 tidak sah, kerajaan perlu bayar pampasan lebih RM4juta-The Malaysian Insider

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.
Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.
Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.
Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Tian Chua  ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.
"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.
"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.
Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.
"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.
"Nak cat kereta tersebut," katanya.
Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan  Norian Mai telah menahan  Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.
Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia.-TMI
Cuba perhatikan keputusan mahkamah akhir-akhir ini memang luarbiasa.Utusan Meloya kena saman banyak kali tapi Utusan kalah dan diperintah bayar saman.Akhbar Harakah kena saman oleh Umno dan gerombolan dah banyak kali tapi semua ditolak oleh pihak mahkamah kerana kurang bukti atau kes tak munasabah untuk dibicarakan.
Dalam bajet 2013 Najib peruntukkan untuk golongan muda,nak 'beli' orang muda RM250 dalam BR1M 2.0 pusingan kedua tapi hakim bagi kepada bekas mangsa ISA yang ditahan secara haram dan salah RM15,000 sehari! haha..ni baru durian runtuh bukan macam peneroka Felda kena kencing dengan gerombolan.Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.
Keputusan hakim tamparan hebat buat Umno-BN.Rakyat dah semakin sedar akan tipu daya gerombolan.Bak kata orang 'masa sudah sampai' untuk BN dikuburkan.Dok tunggu komen panglima ludah Perkasa  Braheng Ali dan Tun Madey depa nak kata apa dengan keputusan hakim haha.Bayar jangan tak bayar tak payah la nak merayu ISA pun dah dimansuhkan.

Tunggu Tukar Tiub belanja kopi Radix secawan nak rasa duit ISA
Baca juga;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan