Selasa, 9 Oktober 2012

Nasha jangan jadi macam penjaga gol..sepak kanan terkam kiri sepak kiri terkam kanan

Ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa yang 'disayangi ramai golongan agama' dalam Pas hari ini semakin berani dan lantang bersuara.Dia dah tak heran dipecat daripada Pas.Nak pecat-pecatlah sebab Nasha la ni ada kerja lain yang lebih penting bagi beliau.

Suara Nasha semasa jadi Timbalan Preisden Pas tidak segagah sekarang apabila hilang jawatan Timbalan Presiden Pas yang pernah disandangnya.Pemikiran beliau kini amat disenangi Umno musuh Pas dalam politik.Semasa jadi Timbalan Presiden Pas Nasha adalah salah seorang yang terlibat kerjasama Pas ,Dap dan PKR gabungan yang membentuk Pakatan Rakyat.

Kini Nasha kata 'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'.Dulu tak berani cakap semasa jadi Timbalan Presiden Pas.Ucapan Nasha itu seolah-olah  pengundi bukan Islam tak sokong Pas pun tak pa.Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah (Pas) menang di kerusi tersebut dengan majoriti besar dengan bantuan orang India dan Cina.Ini saheh lagi benar bukan bohong!Sudah tentu ucapan ini amat merbahaya kepada kedudukan Dr Mariah selaku calon Parlimen Kota Raja dalam pru 13 akan datang.

Kedudukan Malaysia dalam politik amat berbeza di Arab Saudi dan negara Arab lain.Ini kita kena terima hakikat kalau nak tumbangkan parti syaitan yang dikenali ramai iaitu Umno-BN.Umno berpakat dengan MCA dan MIC untuk terus berkuasa sehingga 55 tahun.Salahkah berpakat dengan orang bukan Islam untuk tumbangkan syaitan yang dikenali yang tidak berlaku adil dan zalim terhadap rakyat,rasuah yang bermaharajalela sehingga sanggup beli undi untuk menang pilihanraya?

Fikiran Nasha amat berbeza dengan almarhum Fadzil Nor bekas Presiden Pas yang membentuk Gerakan Rakyat dan Barisan Alternatif untuk lawan kedurjanaan Umno.

Apabila Nasha kata soal keahlian nombor dua menunjukkan bahawa dia seolah-olah mau dipecat daripada Pas tapi Pas masih belum bersedia untuk buang Nasha kerana ramai ulama Pas pertahankan Nasha.Adakah Nasha akan mati beragan dalam Pas?

Seorang penjaga gol dalam perlawanan bolasepak apabila disumbat dengan duit dia tidak lagi akan pertahankan pasukannya sebaliknya ia fikirkan tawaran duit yang lumayan daripada pihak bookie.Tendang kanan dia terkam kiri tendang kiri dia terkam kanan.Begitu juga pemain yang diikat dengan duit dibetisnya ambil tendangan penalti tidak akan sepak masuk ke gol sebaliknya tendang naik ke langit yang menghampakan peminat dan pasukannya yang harapkan kemenangan dengan tendangan tersebut.Kalau macam ni punya perangai nak simpan lagi ka?

Busuk-busuk Pas pun, Pas sentiasa di hadapan dalam isu agama Islam berbanding Umno.Nak buang nama Islam daripada pertubuhan Islam dan agama bukan Pas tapi Umno.Umno nak Pas dok sorang-sorang ,Pas akan jadi kupang tembaga dan gerombolan syaitan akan terus berkuasa.Tapi syaitan tak la bodo sangat dia guna 'orang dalam' yang termakan hasutan syaitan untuk runtuhkan pertubuhan yang jadi musuh dia dalam politik.

Tabik dan hormat saya kepada pemimpin Pas yang masuk lokap keluar lokap,masuk penjara keluar penjara pertahankan perjuangan parti malah ada yang dibunuh kerana lawan Umno daripada melihat pemimpin yang hanya pandai berteori tapi jadi alat dan perkasas kepada parti syaitan.

Saya teringat kata-kata Tamrin Ghafar yang kata ,'Jika Umno tak berubah , Umno akan diubah".Persoalannya sejak bila Umno berubah.Tunggulah babi panjat pokok kalau nak tengok Umno berubah.
Baca juga ;
Nasha dakwa ada pihak anjur doa M'sia jadi negara Kristian-M'kini
Nasha:'Kalau rezeki banyak ,hak dia buat kenduri besar'-M'kini
Pas;'Perjuangan kami tidak ubah'-Sinar harian
Mahfuz:Nasha telah cabar keputusan majlis syura-Sinar harian

3 ulasan:

  1. PIMPINAN PADAN MAJLIS SYURA.....TOLONG BERI PERHATIAN....JANGAN ANGKUH NAK BELA SEORANG NASHA. JANGAN KERANA SI NASHA SORANG NI ORANG TAK PERCAYA PADA PAS.

    BalasPadam
  2. MCA dan MIC tu sedara se-agama kamu ke Nasaruddin? Memang benarlah Rasullullah SAW pernah mengingatkan bahawa kaum "munafik" ini jauh lebih dahyat dan merbahaya dari kaum "kafir" kerana mereka itu secara sembunyi berada di dalam kariah Islam.

    BalasPadam
  3. nabi muhd dan org islam masa awal kemuculan islam dulu pun mintak pertolongan dgn raja habshah yg kristian.

    BalasPadam