Khamis, 11 Oktober 2012

Kalau Pas tak mau kuasa takat jadi Tabligh ja la

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib kata Nasha cakap betul.-Sinar Harian
Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi  banyak pihak  sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.

Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama.

Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka.

“Beliau bebas... boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini.

“Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita,” katanya.

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas.

Tambah beliau, kuasa yang ada akan memberi parti jalan untuk memerintah.-Sinar

Saya tertarik dengan dua komen dalam tajuk di atas ;
Setelah PAS berkuasa penuh di Terangganu pada 1998, ia kecundang kepada UMNO atau DAP dalam pilihanraya berikutnya? Adakah ini juga petanda UMNO Terangganu lebih memperjuangkan Islam berbanding PAS Teranganu? Jika UMNO Terangganu juga memperjuang Islam melebehi perjuangan PAS Terangganu, eloklah dalam PRU13 nanti bagi saja Terangganu pada UMNO dan biarlah UMNO menang tanpa bertanding.-Mohd Rejab Ahmad

Islam nombor satu adalah benar,
namun, kerana nasha ni melalak di corong umno/bn, lalu ditokok tambah sehingga menimbulkan kekeliruan 'org awam', seakan-akan PAS telah lari dari prinsip, DI SINI DOSA POLITIK NASHA.
saya nak tanya kepada pucuk kepimpinan PAS.... masih bolehkah nasha ni ditakrif sebagai seorang ahli jamaah yg taat kepada perjuangan parti?
ingat pesan Yusuf al-Qaradawi, "ketika perjuangan kebangkitan memuncak : awasi siapa kawan dan siapa lawan perjuangan ini".-Borneo Menggugat

Kebangkitan Arab Spring yang berlaku hingga berlakunya pertumpahan darah yang mengorbankan banyak jiwa adalah kerana mahukan kuasa untuk merubah regim diktator di dunia Arab yang berkuasa berpuluh tahun.Kalau Pas tak mau kuasa Pas hanya sekadar jadi jamaah tabligh ja la.

Kerana hilang jawatan, hilang kuasa juga jadi faktor seseorang itu melalak tak ketawan hala.Hilang jawatan baru cakap Pas kena keluar daripada PR,Pas kena utamakan Islam daripada kuasa.Betul ke...?

Kita diajar jangan jadi assobiyyah tapi kalau kita assobiyyah kepada puak kita kroni kita ok ka?

Kalau kawan kita kata kat kita hingga menyebabkan pedih telinga,kita dengan cepat melenting,Tapi kalau musuh kita hina kita,kita diam tak kata apa..itu apa tandanya?
Edit 10.28 pagi;
Saya nak ulang lagi sekali apabila Nasha kata 'kemenangan Islam tak dibantu orang kafir' ini amat jelas kedudukan Pas di negeri-negeri yang Pas bercita-cita mau berkuasa seperti Negeri Sembilan,Melaka ,Johor dan Selangor  undi Pas di kalangan bukan Islam akan terjejas.Negara kita siapa nak berkuasa dipilih melalui sistem pilihanraya tak kira dia bangsa apa dan agama apa setiap warganegara yang mendaftar sebagai pengundi layak mengundi parti yang mereka suka.Jangan nak nafikan perkara ini dalam konteks berpolitik di Malaysia lainlah kalau kita duduk di Mekah dan Madinah.

5 ulasan:

  1. Kalau PAS tak mahu kuasa, tak payahlah melalak sana-sini berceramah membongkar kebejatan dan kejahatan UMNO, cukup sekadar mengaturkan ceramah-ceramah agama di surau dan masjid sahaja, itu dah memadai. Di zaman Rasulullah dahulu ramai yang gugur shahid kerana berjuang untuk menegakkan agama di samping untuk berkuasa. Jika jihad Rasulullah tidak menang berperang, adakah penduduk Arab atau golongan jahiliah ini mahu mendengar syiar beliau?

    BalasPadam
  2. Biasa la bila dekat pilihanraya PAS akan jadi macam tu...luar dalam PAS dlm tangan UMNO je. bila PAS dlm PKATAN susah sikit umno nak main kn PAS. Kalau x ada kes mata lebam nuar dan trtubuhnya PKATAN....comfirm PAS jd parti kampong ulu.


    BalasPadam
  3. MASING-MASING ADA PERANAN MASING-MASING, TAK PERLU MEMPERLEKEH DI ANTARA SATU SAMA LAIN. TABLIGH TAK KENA, JIM TAK BETUL, ABIM TAK BETUL, SEMUA ORANG LAIN TAK BETUL, TAK BERJUANG UNTUK AGAMA, SAYA DAN JEMAAH SAYA AJE YANG BERJUANG UNTUK AGAMA. FIKIR-FIKIRKANLAH?????????

    BalasPadam
  4. Kalau pemimpin begini pun PAS masih mempertahankan tanpa ketegasan walaupun masih belum memegang tanpuk pemerintahan negara, apa hal pula nanti jika mereka memerintah bersama PR? Pastinya setiap kesalahan para pemimpin mereka nanti akan disorok di bawah tikar mengkuang sahaja, tanpa ada ketegasan dari Majlis Syura (walaupun si bantut itu adalah salah seorang ahlinya). Rasulullah pernah bersabda "berkatalah benar walaupun ianya pahit", maksudnya akuilah kesalahan, kerana dengan kredibiliti tersebut akan ada keyakinan dan kepercayaan yang lebih besar dari rakyat terhadap PAS. Beginikah standard PAS setelah sekian lama diuji dan dinilai oleh segenap lapisan rakyat yang amat mempercayai tarbiah mereka ini? Jangan kerana nila yang tak habis-habis menitik, rosak susu sebelanga atau kerana asyik nak menjaga "munafik" yang seekor, habis ahli bawahan lari bergelimpangan....

    BalasPadam
  5. Panglima Pak Brahim Lee, Panglima Din, Panglima Ahsan Ah Lee, Panglima Zah Rain dan yg seangkatan dgnnya dah tewas, ni Panglima Nas pula masuk gelanggang untuk mencuba dgn mengeluarkn dan menggunakn nas hadis quran pulak sebagai senjata...

    BalasPadam