Khamis, 18 Oktober 2012

Inilah jasa Umno kepada sekolah Agama

24 sekolah agama Johor di rumah kedai-Malaysiakini
LAPORAN AUDIT Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama diseluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. 

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah. 

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi. 
"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana 
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan. 

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama. 

Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan. 

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta. 

"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas. 
"Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat 
kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu. 


Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki. 

Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.-M'kini

Untuk sekolah agama lain boleh tolong untuk sekolah agama Islam pejam mata rapat-rapat tunggu reput,reban dan terbakar baru datang bagi bantuan ,masuk gambar dalam media arus perdana nak  tunjuk kata kami hebat tolong sekolah agama.

2 ulasan:

  1. AMENO pembela agama, bangsa dan tanahair????? Boleh blah laaaaa!

    BalasPadam
  2. umno pembela islam? ok kami terima tp jwb soalan ni
    siapa yg ltkkan standart mahkamah syariah rendah hingga keputusan blh dibatalkan oleh mahkmah tinggi? siapa yg serang melayu islam d mamali dn bunuh ulama dn org islam sana? siapa yg halang kelantan laksana hudud? siapa yg hapuskan tulisan jawi? siapa curi duit tabung haji? siapa yg bg lesen judi? siapa pemilik kilang arak? siapa yg bg 999 tahun kpd cina judi genting? jwb yg ni dulu bru kami terima sebulat2 yg umno pejuang islam..ops 1 lgi? selama ni menteri2 utama org umno...knp melayu islam mundur sedangkan dasar puak ni yg buat? knp nk slhkan DAP?....berak taik busuk tp salahkan petani yg tanam padi...

    BalasPadam