Selasa, 31 Mei 2011

Depa kempen sampai dalam kelambu

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib mahu supaya tradisi dalam Pas iaitu golongan berpendidikan agama dipilih sebagai pemimpin peringkat atasan Pas.Harun Taib dah bagi signal jelas kepada perwakilan siapa yang harus depa pilih.Kalau ustaz A tak ok perwakilan boleh pilih ustaz B.Janji ustaz jadi orang no 2 Pas.

Kata Harun Taib :Tiada peruntukan tapi Pas harus pertahan kepimpinan ulama (M'insider).Utusan pula melaporkan Kepimpinan ulama mesti dikekalkan.Utusan pun sokong supaya ulama jadi pemimpin Pas!

Kata Harun Taib

“Itu terpulang kepada perwakilan untuk buat keputusan dan pilih, siapa-siapa menang pun tiada masalah sebab mereka ahli PAS juga.

“Tapi kalau perwakilan faham, tradisi kepimpinan ulama itu harus diteruskan... ikut amalan sesiapa pun boleh tapi amalan biasa adalah kepimpinan ulama walaupun dalam perlembagaan parti tiada syarat begitu,” kata Harun kepada The Malaysian Insider.

Veteran Pas Subky Latif turut senada dengan Harun Taib dengan berkata jika kerusi Presiden kosong Timbalan Presiden yang akan ambil alih.Tu dia kira sampai tara tu punya takut dan bimbang kalau-kalau bukan ulama pegang no 2 Pas.Baca di sini.

Depa pakat kempen sampai ingat ke liang lahad supaya perwakilan pilih ustaz-ustaz jadi no 2 Pas.

2 ulasan:

  1. Woit ! Kempen ustaz Harun Taib dari kubang lembek, nampak. Misai merah dan bertobat ka ! Ka Misai Merah ni orang makang ikang !

    BalasPadam
  2. Pertahan membawa rebah.. ingat lah weh sapa yang keluar PAS.... ulamak

    BalasPadam