Isnin, 20 Ogos 2012

Umno semakin hilang akal merempit untuk masuk lubang kubur


KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mesti bertindak dan hapuskan segala percubaan Umno, yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN), untuk mengapi-apikan sensitiviti agama sebelum pilihanraya umum ke-13.
Lawan politik Najib itu memberi peringatan ini kepada perdana menteri semasa mengecam gambar controversial yang dipos di laman Facebook rasmi Pemuda Umno kelmarin.
Poster kontroversial itu, yang telah ditarik balik beberapa jam selepas kemunculannya di laman Facebook itu, menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ [Tuhan berkatimu, anakKu] .”

Setiausaha organisasi nasional DAP, Teresa Kok menggelar gambar Facebook itu sebagai tindakan “kebudak-budakan” dan beliau menggesa Najib, yang merupakan presiden Umno dan presiden BN, untuk mengambil tindakan.
“Saya fikir Najib perlu meneliti parti diri beliau. .. ada elemen tertentu dalam parti yang cuba memusnahkan negara ini dengan memainkan api agama,” beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
Beliau juga berkata ini adalah percubaan untuk “merosakkan” harmoni perkauman dan agama yang sedia ada di Malaysia.
“Saya fikir Najib perlu serius meneliti hal ini, kalau tidak slogan 1Malaysia beliau akan jadi bahan ketawa,” kata ahli Parlimen Seputeh itu, dan beliau mengambil perhatian bahawa gambar itu dipost sebelum perayaan Aidilfitri hari ini yang “diraikan oleh semua bangsa”.
Kok ( berkata beliau gembira bahawa ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bertindak dengan cepat dan mengeluarkan poster yang bersifat hasutan itu dari laman Facebook itu dalam masa beberapa jam.

Khairy kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut dan turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
Poster itu ditarik balik dari laman web itu pada kira-kira 6.30 petang semalam.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata “kenyataan dalam page Pemuda Umno jelas menunjukkan ia adalah dipengaruhi oleh sentimen-sentimen yg ditunjukkan oleh Umno dan media arus perdana.”
Beliau berkata penyebaran sentimen-sentimen ini “boleh akhirnya menyebabkan porak-peranda.”
“Walaupun Pemuda Umno kata mereka tak censor [menapis] apa yang dipos di Facebook page, hakikatnya ini hasil daripada sikap Umno and media arus perdana.”
Beliau berkata tindakan ini bertujuan untuk “menakutkan pengundi Islam untuk takut mengundi Pakatan Rakyat”, tapi berkata rakyat Malaysia sekarang sudah “matang” dan tidak akan dipengaruhi dengan “provokasi” seumpama ini.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga mengecam poster itu, menggelarnya sebagai “sordid display of bigotry, lies and irresponsibility by an organ (of) the ruling party (pameran keangkuhan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh organ parti pemerintah)”.
“Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat patut menerima permohonan maaf yang serta-merta,” beliau berkata dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider kelmarin.
“Saya menantikan tindakan cepat dari pihak berkuasa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab untuk mana-mana pos di atas laman FB Pemuda Umno,” beliau berkata, dan merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan sebagai undang-undang yang relevan.
Minggu lalu, perdana menteri telah berkata di Twitter bahawa kerajaan persekutuan akan mengkaji semula Seksyen 114A yang salah satu kesannya meletakkan anggapan (presumption) bahawa pemilik laman web adalah penerbit kenyataan yang dibuat.
Tetapi Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kemudian berkata pindaan undang-undang yang diluluskan Parlimen pada bulan April dan berkuatkuasa bulan lalu, akan kekal.
Gambar yang dipos di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.
Poster itu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.
Gambar yang dimuatnaik ke atas laman Facebook Pemuda Umno itu dilihat sebagai peringatan orang ramai tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.-Themalaysianinsider

Apa lagi yang ada kepada Umno?Umno ada duit, ada harta yang menimbun tapi Umno tak mampu lagi untuk tarik minat orang Melayu menyokong Umno.Hanya yang hilang akal saja menyokong Umno.Yang lapaq duit saja gila kepada Umno.
Satu cara terpaksa dilakukan dengan mainkan sentimen agama untuk menipu orang Melayu supaya kembali kepada Umno.Umno cuba jadi jaguh agama tapi dalam masa yang sama pemimpin Umno jadi jaguh hina hukum Islam.Ini kenyataan bukan bohong!Siapa yang cadangkan supaya nama Islam pada pertubuhan agama dibuang kalau bukan Umno!
Umno kata merekalah yang bela Melayu tapi hanya berapa kerat saja yang dapat kekayaan kalau bukan kroni Umno.Umno sedang tenat matlamat halakan cara terpaksa digunakan kerana pru 13 adalah hidup mati Umno dan ini diakui Najib dan Muhyiddin sendiri yang kata pru 13 ibu segala pilihanraya.Umno sedang merempit laju  tanpa toleh kanan dan kiri tanpa melihat gaung besar sedang menunggu mereka untuk dikuburkan oleh rakyat Malaysia yang dah tak tahan hidup di bawah regim tua Umno-BN.
Kita jangan terpedaya dengan mainan agama oleh pihak Umno sejarah membuktikan puak munafik dan fasik yang bina Masjid di zaman Rasululullah SAW yang dikasihi diperintahkan bakar Masjid yang dibina Abdullah bin Ubai bapa munafik besar yang kini diwarisi pihak Umno di Malaysia.

3 ulasan:

  1. saudara/saudari nak tahu makna 1 malaysia ini ;
    1 malaysia makna nya semaua raayat mesti bersatu di bawah BN, segala harta negara di satukan menjadi harta BN, segala wang hasil cukai negara di gunakan untuk ahli BN, segala hasil minyak yang di sedut di negerix di malaysia ini menjadi harta kekayaan BN. Felda yang beribu ekar semua nya menjadi milik BN . Jadi benarlah puakx UMNO ini selalu memuja 1 malaysia. mereka kata semua nya UNTUK BN.

    BalasPadam
  2. fuck u najib bastard go te hell lah you bastard u idiot anjing baruah butoh mak kau lah najib pundeklahlah lu lu mesti kalah dalam pru lu jahanam lah babi

    BalasPadam
  3. Jadikanlah fitnah dan kezaliman yg dilakukan oleh BN terhadap kita sebagai "asbab" untuk doa kita segera dimakbulkan oleh Allah..

    Kerana doa orang yg teraniaya dan dizalimi tiada "hijab" di sisi Allah hatta ada sebahagian ulamak berpendapat doa bukan Islam yg dizalimi pun akan segera dimakbulkan...

    Tetapi bukanlah kerana kita difitnah dan dizalimi maka kita juga layak memfitnah dan menzalimi mereka semula...bersabarlah dgn usaha2 jahat mereka...

    Tanda2 kejatuhan mereka kini makin jelas..Firaun dulu sgt berkuasa, Namrud pun begitu, bangsa Mongul gagah perkasa, kafir Quraisy juga sgt bangga dgn keBANGSAan mereka tetapi semuanya jatuh juga...

    Jelas.. sesuatu kaum itu tidak mulia dan kekal kerana BANGSA..tetapi kerana agama dan imannya...

    Tariq bin Ziad perintis pembukaan Eropah bukannya bangsa Arab tetapi dari kaum Barbar, Afrika...Bilal bin Rabah yg namanya mahsyur di langit juga bukan keturunan nabi dan kulitnya hitam (lebih hitam dari kulit Melayu) tetapi kini Melayu yg Islam menggunakan nama beliau utk gelaran muazin, bukannya Najib, bukan Mahathir..

    Ya Allah selamatkanlah kami dari fitnah dan kezaliman BN..kami ini lemah tidak sekuat mereka tetapi kami yakin janjiMU adalah benar untuk menolong hambaMU yang sedang ditindas ini. Amin

    BalasPadam