Jumaat, 17 Ogos 2012

Nasa cuba perbodohkan orang Pas

Saya cuma nak tanya adakah Nasharuddin Mat Isa berjumpa Najib di Mekah tanpa merujuk dan beritahu kepada parti yang beliau adalah sebagai ahli majlis Syura hingga timbul pelbagai spekulasi?Takkan perbincangan ummah yang dia kata tu hal peribadi beliau dengan Najib dan ulama lain di seluruh dunia?Bolehkah beliau sebagai ahli majlis syura Pas Pusat buat apa pun tanpa merujuk kepada pihak tertinggi Pas?
Mari kita baca apa kata Nasa ;

Nasha tolak andaian akan sertai Umno
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah.
"Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno.
"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah.
Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian  tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.
Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri.
"Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan,"
katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.
Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya.
Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.-Bernama/malaysiakini
Putar jangan tak putar.Tapi belum buka mulut lagi dah tahu dah ni ayat untuk penyedap rasa.Hanya yang lemah otak saja tertipu dan terpedaya.Saya teringat Hasan Ali yang nafi akan masuk Umno tapi buat kelaku macam Umno akhirnya Hasan Ali kini yang dah kena pecat kembali ke lubuk asal beliau sebagai ahli panel di RTM1.
Orang yang jadi taik candu dan kaki hisap dadah kalau kena tangkap dengan polis mampoih tak mengaku kata dia hisap dadah.Tapi bila buat ujian air kencing dan didapati positif dadah barulah dia mengaku kata dia taik dadah dan candu.Sedap ke sheikh jadi penagih candu kepada parti Umno?
Baca juga;
Nasha kecewa tak dapat jawatan , kata Khalid Samad-M'insider

5 ulasan:

  1. apa yang nasha kata itu benar "saya tidak akan masuk umno".

    ini juga benar tetapi memerlukan penelitian: "Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah?"

    nasha sebagai "jambatan" perpaduang pas dengan umno terserlah dengan soalan beliau di atas. ini adalah statement untuk menarik simpati. jika hassang ali pilih "akidah" sebagai perjuangannya, nasha pula pilih "penyatuan ummah". kedua2nya menjadikan dap sebagai alasan sekali gus menolak 'tahaluf siasi' yang parti persetujui.

    sama ada mereka kecewa kerana kerajaan perpaduang tidak berbuah dan kerana itu hilang jawatan yang diidamkan bukanlah menjadi persoalan.

    apa yang penting adalah tindakan pas selepas ini. sama ada ia akan menjelas serta membenarkan bahawa nasha sebagai "jambatan" penghubung pas dengan umno direstui atau ianya semata2 tindakan persendirian nasha. jika direstui, ternyata kerajaan perpaduang tidak pernah "mati" sebagaimana didakwa tetapi sentiasa segar bugar menanti peluang yang sesuai.

    wallahu'alam.

    selamat hari raya aidilfitri - maaf zahir batin

    BalasPadam
  2. Dalam PAS memang ramai yang tak begitu boleh berfikir sebab wala.Sebab itu Nasha menang jawatan Tim.Presiden semasa Muktamar PAS diShah Alam.Kecerdikan tu datang lambat dan sekarang baru ahli-ahli PAS kenal siapa Nasha.Lembab berfikir ni disebabkan kuatnya pengaruh UG dalam PAS sehingga boleh mengkelabukan keadaan.Lihat sahaja kes Hassan Ali dengan Khalid Samad,yang bersalah lepas dan yang tak bersalah dihukum.Lama baru nampak siapa yang sebenarnya bersalah.Ini permainan puak UG dalam PAS.

    BalasPadam
  3. sapa kata orang PAS PANDAI semunya bodoh sebab kena langkah MAYAT KAPAL sink dulu hahaaha

    BalasPadam
  4. Takyah dok propa la nasha. Zaman orang bodoh dan senang kena klentong dgn pemimpin macam ko dah berakhir (kecuali dalam geng Ameno yang ko dok tengah jual minyak cap penyatuan ummah) kalu dah spesis asan akidah kita dah dapat agak dah...bak kata PRamli....lobang hidung ko tetap menjadi PO JA ANNN!

    BalasPadam
  5. Sapa yg lebih hina orang melangkah atau mayat ..nak kata bodoh ngaji tinggi

    BalasPadam