Baca betul-betul apa kehendak Najib sampai suruh polis pulak berbai'ah kepada kerajaan Umno-BN.Semua kita tahu kakitangan kerajaan ,penjawat awam makan gaji duit rakyat bukan duit poket Umno-BN.Rakyat yang bayar macam-macam cukai yang dikenakan kerajaan yang bayar gaji polis dan penjawat awam.
Anggota polis kerjanya jaga keselamatan rakyat bukan jaga keselamatan Umno-BN!Tapi dakyah pemimpin Umno kepada rakyat yang buta mata hati selalu sebut ,'Ini Umno bagi, ini Umno buat, sampai ada yang beranggapan bahawa balai polis pun Umno buat'.Fahaman macam ni masih ada di kalangan rakyat yang cetek pemikirannya disebabkan dibodohkan pemimpin Umno.Ingat senang nak hapus pemikiran lapok macam ni?
Najib pernah kata kepada rakyat sebagai umpan politik ,'U help me I help u'.Kini Najib kata pulak kepada anggota polis ,"Biarlah kita sama-sama berbaiah...kalau kerajaan membantu PDRM,PDRM juga akan membantu kerajaan."Baca di sini.
Dalam maksud ayat Najib tu.Adakah polis akan jadi kuda tunggangan Umno supaya Umno terus berkuasa di Putrajaya?
Imej polis rosak teruk semasa demo Bersih 3.0 yang lalu kerana mengalah kepada kehendak pemimpin Umno dan jadikan rakyat sebagai mangsa untuk dikendurikan dalam demo Bersih 3.0
Tak cukup dengan pemimpin Umno yang suruh ahli Umno berbai'ah kerana hilang kepercayaan kepada penyokong sendiri kini Najib mahu pihak polis pulak berbai'ah kepada kerajaan.Tak cukup lagi kah sumpah taat setia anggota polis sewaktu dipilih jadi anggota polis sampai kena berbai'ah pulak?
Kita hidup ni jangan jadi barua kepada siapa saja cukuplah kita jadi hamba kepada Allah SWT.Umno ada samseng,ada kaki pukul yang jadi benteng mereka untuk haramjadahkan rakyat yang tak menyokong mereka.Tak cukup lagi ka?
Kerja polis jaga keselamatan rakyat,nyawa rakyat bukan jaga kepentingan pemimpin Umno-BN.Kerja polis juga bukan untuk belasah rakyat yang mahu tuntutan mereka didengar secara aman dan tidak bersenjata.
PDRM bawa maksud Polis Diraja Malaysia bukan Polis Raja Di Malaysia atau jadi polis untuk Umno-BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan