Isu Nasha:Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz-Sinar harian online
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha).
Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.
“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur. Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.
“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.-sinarharian online
Banyak orang yang mau popular pada mulanya bertenggek atas pentas ceramah Pas, bila dah popular , mula dah masuk dalam corong-corong radio dan TV mulalah buat perangai telefon tak dapat, telefon tak berangkat, ana sibuk apabila dipanggil untuk berceramah.Ini fenomena biasa bagi penceramah-penceramah agama yang ambil kesempatan atas kelemahan Pas sendiri nak buat lagu mana.
Kalau duduk dalam Pas pun mulalah buat perangai banyak contoh orang macam ni malas da nak sebut nama.Kalau kita cakap pasal politik tutuh Umno kaw-kaw dia akan mula mengelak dan beredar pada hal kita hanya nak tengok perangai dia saja masih macam dulu atau suda berubah.
Pemimpin Pas yang jadi ahli parlimen dan adun dipilih oleh rakyat yang benci Umno-BN (parti syaitan) bukan naik sendiri jadi janganlah jadi kaduk naik junjung!
Saya tabik pada Pak Samad Said sasterawan negara dihujung usia emasnya jadi ikon anak muda untuk tumbangkan regim Umno-BN.Ini yang kita mau bukan jadi penjilat dan pencacai Umno-Bn, makin lemah suara mereka apabila dapat pangkat dan darjat dan kecapi hidup mewah, lupa asal usul mereka.
Baca juga;
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka-Harakadaily
Lautan kuning banjiri Dataran-Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan