Ahad, 26 Ogos 2012

Najib semakin takut dan gementar hadapi pru 13

Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat Pekan, hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.-Bernama

Untuk pengetahuan seramai 400 orang imam dan JKKKP yang pro Umno sudah dipilih untuk tunai ibadah Haji yang ditaja 1MDB tahun ini.Jadi pru musim Haji sudah tentu tidak akan diadakan tahun ini.

Seluruh dunia dah tukar kerajaan tak ada pulak macam BN dok larang rakyat jangan pilih kerajaan baru yang bukan Umno-BN.Tak ada pulak kerajaan baru di luar negara macam di Perancis jadi huru hara.Adakah rakyat Amerika Syarikat yang sering buat pilihan yang berbeza,bertukar tangan antara parti Demokrat dan Republikan tak cerdik?

Berapa banyak janji kosong Najib dalam pru 12 yang lalu tidak ditunaikan takkan rakyat masih tidak mahu tukar kerajaan?

Takkan bagi air percuma di Selangor adalah kerja bodoh?Hanya profesor kangkung yang tidak keluar daripada kepompong universiti mereka saja kata bagi air percuma tidak bijak!Jangan sukat pendapatan golongan elit dan kaya dengan taraf hidup rakyat biasa lepas tu kata takkan bil air sebulan RM40 tak mampu bayar.Yang pertikai tu pun dapat air free tiap-tiap bulan.Takat nak bangangkan orang Umno ok la jangan nak bangangkan rakyat Selangor keseluruhannya.

Nampak sangat Najib-Rosmah takut hadapi pru 13 sama takut macam Tun Madey takut Umno hilang kuasa di Putrajaya.

1 ulasan:

  1. sebelum ini saya langsung tak kisah siapa pmnya tapi sekarang wujud satu perasaan aneh dengan sendirinya sangat benci pada najib muhihin hishamudin nazri dan mamak mahadey . bukan saya saja orang yang saya sembang kedai kopi hanya baruah umno saja suka puak puak tolol ini.

    BalasPadam