Khamis, 16 Ogos 2012

Berapa ramai yang jadi penagih candu kepada parti Umno?

Ketika Pas bergembira menyambut penghijrahan bekas pegawai tinggi kerajaan ,Veteran Umno dan golongan artis masuk ke dalam parti Pas, Pas dikejutkan dengan kelaku bekas Timbalan Presiden Pas yang juga ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa yang bersama Najib di Mekah.

Ada orang yang bangang tentang sepak terajang politik kata takkan salah duduk bersama Najib di Mekah?Saya malas la nak komen sebab dalam politik ni macam-macam boleh jadi.Nasa bukan ketua cawangan pas atau ahli pas biasa tapi beliau ialah ahli majlis syura Pas pusat dan ahli parlimen Pas kawasan Bachok.

Nasa juga tak begitu bodoh dia saja nak tengok sampai tahap mana pemimpin Pas boleh bertindak terhadap beliau.Dia nak test market uji kesabaran jawantankuasa disiplin Pas berani atau tidak ambil sebarang tindakan.Ada yang kata Nasa tak akan keluar Pas sebab dia akan jadi perosak dan pelingkup Pas daripada dalam.

Sebenarnya Umno yang sedang sakit perlukan satu injection yang kuat supaya boleh terus bangun kembali selepas pru 13.Jadi mau tak mau Umno yang bijak dan licik dalam politik pasang jarum halus ke telinga pemimpin-pemimpin Pas yang mudah diracun supaya fikiran mereka berbolang-baling antara isu Melayu dan Islam.Yang duduk dalam Pas ni yang berfikiran macam Umno berlambak-lambak jangan la nak temberang!

Ada pemimpin Pas yang jadi sayang kepada Umno atas alasan Melayu dan fikiran mereka jadi celaru jika PR berkuasa mungkin kuasa Melayu hilang.Ini yang bermain dibenak fikiran mereka.Mereka lupa kata jika Dap tolak Hudud sebab mereka bukan Islam tapi yang Umno sejak berpuluh tahun dok lawan hukum Hudud takkan buat-buat lupa!

Racun yang macam ni bukan hanya ada kepada Nasharuddin Mat Isa tapi juga kepada lain-lain pemimpin Pas yang terpengaruh dengan putar belit Umno.Umno mau jarum jam Pas dipusing ke belakang supaya sama-sama jadi rosak macam Umno.Sejak sekian lama Pas memperjuangkan Islam yang secara automatik jaga kepentingan Melayu tapi kenapa jadi celaru dok kalut nak jadi macam Umno?

Percayalah jika ada perasaan kasih dan sayang pemimpin Pas kepada Umno atas nama Melayu maka selagi itulah impian Pas untuk ke Putrajaya akan berkecai kerana Umno tetap akan berkuasa sampai bila-bila kerana Pas tak akan ke mana hanya setakat jadi penagih candu kepada Umno.Agak-agak berapa ramai pemimpin Pas yang celaru dan jadi penagih candu kepada parti Umno?

Kalau golongan ustaz dalam Pas sanggup jadi pelacur politik kepada Umno , sanggup jadi barua Umno , Pak Yet Umno kepada golongan agama yang macam mana lagi kita nak percaya?Hang pa ingat kalau bercakap ana anta ,anta ana, antum tak jadi pengkhianat kepada perjuangan Islam ka?

3 ulasan:

  1. Kalau guru pondok sanggup jual ugama dengan habuan RM2 juta, saya setuju pandangan saudara bahawa ramai uztaz duduk dalam pimpinan PAS yang berpendirian sedemikian. I dont trust this Nasa guy(Hassan Ali's sidekick) as early as 2000. Just look at his life style... UMNO style. What puzzle me is why PAS still keeping this guy?

    BalasPadam
  2. PAS akan sentiasa kena tipu dulu , kini dan selamanya.....

    BalasPadam
  3. Sokong sgt jika ust nasa blah dari PAS n ptt buat kenduri kesyukuran kalau hal itu berlaku..... Menyemak dan merosakan.... Jahil bleh blajar... Khianat ptt diajar... NASARUDDIN you should blah....blah....blah....blah.....

    BalasPadam