Mari kita baca apa kata Tun Madey mengenai projek bagi kad pengenalan zaman beliau jadi PM.Tang mengaku kalah dan mengaku silap itu bukan sikap Tun Madey.Negeri Sabah ada minyak sama macam di Kelantan.Ke mana di bawa hasil minyak Sabah.Adakah untung minyak Sabah yang juga kaya dengan kayu balak diheret bawa ke Semenajung untuk kenyangkan tembolok pemimpin Umno-BN?
Sabah tetap miskin walaupun ada hasil minyak, gas dan kayu balak.Ini semua kerana apa kalau bukan sikap pemimpin gerombolan yang jadi penyamun dan perompak hasil negeri untuk difaraidkan kepada kroni masing-masing di peringkat pusat.
Projek bagi kad pengenalan zaman Tun Madey kepada warga Filipina ini dianggap antara faktor BN terus berkuasa di Sabah.Kalau di Sabah/Sarawak yang jadi kubu kuat BN menang kerana pendatang asing , adakah kini di Semenanjung bukan faktor yang sama supaya BN terus berkuasa?
Semenanjung kini bukan lagi kubu kuat BN.BN berada dalam kedaan yang goyang malah sesak nafas di negeri yang dikuasai mereka seperti Melaka, Negeri Sembilan,Perak (menang guna mahkamah),Di Johor tempat Umno beranak pun dah goyang.Rakyat di Semenanjung sedang bangun dan bercita-cita mahu tukar kerajaan yang ada dalam pru 13.Oleh itu ingat Umno-BN tak tau semua ini?Cara mana untuk mereka kekal berkuasa baik cara halal dan haram akan mereka akan gunakan tambah-tambah PM Najib pernah kata akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.Depa sanggup mandi darah untuk menang dan berkuasa supaya kroni mereka , anak bini mereka tidak hidup susah macam rakyat Sabah.Sarawak dan lain-lain negeri.
Bayangkan masih ramai anak kaum India rakyat Malaysia di estet-estet di Semenanjung tidak dapat MyKad tapi betapa senangnya pendatang haram dapat MyKad yang ada tarikh luput!
Kalau rakyat Kadazan dan Murut bangkit lawan Umno-BN takkan kita orang Melayu tak reti-reti lagi nak ajar Umno supaya tewas dalam pru 13.Takkan sampai mati kita nak 'bertuhankan' Umno, jadi hamba abdi Umno?
Baca;
RCI tidak akan membuahkan hasil ,kata Dr Mahathir-M'insider
Pemberontakan anti BN di kalangan pengundi bukan Melayu di Sabah-M'insider
pada tahun 60an jumlah muslim dan bukan muslim adalah sama, selepas projek IC Mahathir jumlah muslim di sabah sekrang ialah 2KALI GANDA!!!
BalasPadamkadazan dah menjadi minoriti di negeri sendiri.
KLIK Mahathir pertahankan PATi Muslim Sabah?