Isnin, 27 Ogos 2012

Umno-BN parti syaitan:Golongan agama dalam Umno senyap

Mahathir:'Syaitan yang dikenali merujuk kepada BN
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.
Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.
"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.-Malaysiakini

Sehingga kini belum ada sebarang komen daripada ulama muda Umno,ustaz Umno,mufti pro Umno apabila Tun Madey kata Umno-BN parti Syaitan yang dikenali.
Kalau Pas la yang kata Umno parti Syaitan sudah tentu Braheng Ali, tiga jalur Hasan Ali,Pekida,Ngo cap ayam akan berteriak sakan, buat demo, buat laporan polis dan akan diancam dengan perkara yang tidak diingini berlaku.Tapi yang kata Umno-BN parti Syaitan tu ialah Bapa kepada Umno sendiri masing-masing kecut telor nak lawan balik.
Masih ingat dengan beratus-ratus laporan polis kepada Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu dalam isu Mat Indera yang dicap sebagai pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu?Kes itu kini sedang dibicarakan di mahkamah di Pulau Pinang.
Orang Umno tak berani buat laporan polis terhadap Tun Madey yang kata Umno-BN parti Syaitan.Mungkin kerana masing-masing dah pakat jadi Syaitan yang kenal perangai masing-masing jadi buat apa nak bertindak terhadap Tun Madey.
Mungkin Tun tahu betapa ramainya Syaitan dalam Umno-Bn yang jadi penyamun dan perompak harta rakyat sebab tu Tun kata lagu tu.
Tun mengucaplah banyak-banyak jangan bandingkan sifat manusia dengan sifat malaikat kerana tidak sama.Malaikat tidak makan tidak minum,tidak lakukan sebarang dosa, ambiklah peribahasa lain jadi perbandingan umur Tun pun dah senja lebih baik banyakkan istigfar ingat segala dosa Tun di Memali ,pergilah minta maaf kepada keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali sempena bulan Syawal yang mulia ni.
Tun ni kalau bercakap selalu terbalik jadi mungkin Tun nak bagi tau kepada orang Melayu supaya jauhkan diri daripada puak Syaitan yang ada dalam BN!
Ketika Umno dok kelamkabut dan bertungkus lumus nak baiki bahtera Umno yang dah nak karam Tun pulak pi tabur paku tengah jalan bukan nak selamatkan bahtera Umno dengan kata Umno-BN parti Syaitan yang dikenali.Kawan dengan towkey minyak wangi dapat bau wangi tapi kalau dok berkawan dengan Syaitan yang kenyang hanya bapa Syaitan.
Oleh itu jangan jadi Pak Yet Syaitan.Lagi teruk kalau dalam Pas pun kalau ada pemimpinya nak berkawan dengan Syaitan BN tak ada sapa nak halang teruskan.
Kena rasuk dengan Syaitan BN lepas tu kata Pas kena keluar daripada PR haha.Kalau Pas duduk sorang-sorang akan dimakan serigala dan Syaitan BN.Tak percaya?

Sekadar renungan bersama
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina."-سورة المجادلة ayat 19-20

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."
سورة التوبة ayat 23

Wallah hu a'lam

1 ulasan:

  1. allah telah menyenaraikan ciri2 munafiq dlm al-quran. Puak2 UMNO ni jelas & terserlah mememnuhi segala ciri2 yg termaktub dlm al-quran. dgn kekuasaan Allah swt, pimpinan agung & di segani mereka dgn jelas n lantang menyifatkan UMNO ini tiada lain melainkan syaitan belaka. Dan lebih menariknya, PAs itu pula sebagai malaikat. Sekiranya diamati, memang benar n tepat sekali telahan Mahathir. Syaitan mana yg berkehendakkan hukum allah dilaksanakan di muka bumi ini. Syaitan mana yg senang hati dgn perkembangan n kemajuan sekolah agama. Segala physical structure yg kita lihat dibangunkan oleh UMNO/Bn ini hanyalah religious cosmetic. Tidak lebih dari tu. Semua itu bertujuan utk mengaburi mata org2 Islam agar tidak dituduh unIslamic.
    Sebagai org yg beriman, mari kita lihat ciri2 munafiq & bandingkan dgn setiap tingkah-laku pemimpin & juak2 UMNO. Pasti kita dapati banyak persamaan. sekiranya kita masih menyokong, al-fahami sajalah apa yg bakal menunggu kita apabila ajal menjemput.

    BalasPadam