Kata tokoh sasterawan negara yang berani dan kini jadi ikon anak muda seperti yang dilaporkan Malaysiakini dari Dataran Merdeka malam tadi sempena himpunan Janji Demokrasi
Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.
Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.Baca di sini.
Lain-lain gambar dari Dataran Merdeka malam tadi tengok di sini.
Selamat menyambut hari kemerdekaan bebaskan otak kita ,fikiran kita daripada terus dijajah dengan bertuhankan Umno-BN yang kini digelar 'Syaitan yang dikenali'.Jangan jadikan diri kita hamba abdi Umno-BN buang jauh-jauh bahawa tanpa Umno-BN kita tak boleh cari rezeki dan hidup merempat.Tak guna sambut merdeka jika tidak berani buat perubahan.Merdekakan diri kita untuk kali kedua dengan menumbangkan Umno-BN di Putrajaya.
Sajak Pak Samad sempena 'Janji Demokrasi'
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!
Aku kagum melihat orang tua berjiwa muda macam ni
BalasPadam