PKR:PM perlu perjelas tindakan upah pro Zionis
PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.
Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini.
"Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin.
Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".-Malaysiakini
Perkasa dah hilang taring,Jati Tiga Jalur yang baru lahir terkejut sebab Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali,Pewaris dah lama berkubur jadi siapa lagi yang akan buat laporan polis.
Dah banyak makan hasil air tangan dan buah fikiran Zionis tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali.
salam,
BalasPadamterdesak sbb tiada apa yang boleh dikatakan tentang Najib
KLIK DAP Penang berhentikan kakitangan awam