Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.
Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot-Keadilandaily.com
Di negara kita dah jadi perkara biasa pembocor maklumat salah laku penyamun dan perompak harta rakyat akan didakwa manakala penyamun dan perompak harta rakyat hidup bebas dan mereka tidak akan didakwa.Naik mahkamah pun akan didapati tidak bersalah

Berkaitan;
Rafizi ditangkap di bawag Bafia-Malaysiakini
Rafizi Ramli ditahan berhubung isu NFC-Sinar Harian Online
Rafizi Ramli ditahan berhubung isu NFC-Sinar Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan