Khamis, 23 Ogos 2012

Pemuda Pas belum khatam ilmu politik

Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang memetik sumber berita daripada Berita Harian mengenai isu Hudud yang dibangkitkan menjelang pilihanraya umum ke 13 .Saya baca komen-komen daripada akun FB di bawah tajuk Pemuda Pas :Kenyataan Karpal jejas sokongan Melayu.Ada pro dan kontranya betul atau tidak apa yang disebut dua pemimpin pemuda Pas pusat itu bahawa orang Melayu akan tolak Pas kerana kenyataan Karpal Singh mengenai Hudud.
Antara komen-komen daripada FB tu seperti berikut;
Penarik Beca kata,"Bunyi mcm cakap2 Umno, rupa2nya kenyataan org besar Pas...
Nak juga tengok kajian mana, tinjauan mana, poll mana, survey mana yg kata undi Melayu kpd Pas jatuh krn Karpal tu bersuara. Dakwaan tanpa kajian bioleh jatuh kpd menipu. Setan tu dah berpuluh tahun dah menyalak fasal hudud, setan2 Umno ja yg tergelejat2 nak mainkan isu. Org lain tak ambik pot pun. Org tau dia gila.Takkan fakta semasyhur itu tak tau. Lagi baik duduk rumah tulis blog dan main FB ja kalau fakta yg sngt common mcm tu pun tak tau."
Wan Ji kata,"tengok tajuk berita pun dah terkerut dahi...bila tengok sapa ckp, terus fhm kenapa tajuk beritanya begitu.. huhuhu.."
Jon Marwan kata,"hahaha..aku tak dak menaruh harapan sedikit pun pd dua org atas pemuda pas ni..bab agama ok..bab politik totally out..patut depa ni bg ceramah agama aje..bukannya memimpin pemuda.."
Yang lain klik tajuk di atas dan baca sendiri

Dalam pilihanraya tahun 1999 orang Melayu bangkit lawan Umno , tolak Umno dengan slogan anti Tun Madey yang amat menebal dalam jiwa orang Melayu.Pas dapat 27 kerusi dalam parlimen dan almarhum ustaz Fadzil Nor jadi ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia.Pas juga kekal berkuasa di Kelantan dan berjaya tawan Terengganu.Pihak pembangkang masa tu ada Barisan Alternatif yang berpakat satu lawan satu dengan Umno-untuk tumbangkan Umno-BN dan strategi ni berjaya.Masa ni isu Hudud dah lama berkemundang di telinga rakyat.

Nasib malang timpa Pas dalam pilihanraya 2004 apabila negeri Terengganu hilang daripada genggaman Pas tapi kekal berkuasa di Kelantan.Macam -macam alasan Pas berikan punca kalah di Terengganu mungkin puncanya orang Pas sendiri lebih arif dan tahu puncanya.Punca orang Melayu tolak Pas di Terengganu bukan isu Hudud.

Saya hantar sms kat kawan saya ,"Pemuda Pas dah kena perangkap." Dia jawab sms saya,"Tak heran..Pemuda Pas tak pernah nampak cerdik."Saya balas balik ,"Cakap bab posa dan haid nifas bole la tapi bila cakap bab politik budak Pasti lagi cerdik.Dia jawab kat saya kata ,"Bab posa haid nifas pun belum tentu depa tu."

Buat apa kita nak menari tergedik-gedik ikut paluan gendang yang dipalu Umno.Tak dak biji  mata  pun di kalangan puak Umno yang berani maki hamun Chua Soi Lek dan MCA yang jadi juara hina hukum hakam IslamTok Mufti berani tegur Karpal Singh tapi tak berani larang agar Chua Soi Lek berhenti dan tutup mulut hina Islam.Lihat betapa dayusnya Umno bila abang besarnya MCA hina Islam.

Pemuda Pas Pusat kena dalami lagi seni berpolitik agar khatam betul-betul sebelum buat sebarang kenyataan agar orang tak nampak kata mereka tak begitu cerdik bila bercakap.

Tumbangnya semua regim tua dan sang diktator di dunia Arab bukannya kerana isu agama tapi kerana rakyat tak kira orang Kristian dan Islam bersatu untuk jatuhkan pemimpin diktator Arab yang dah berpuluh tahun berkuasa yang hanya kayakan kroni mereka.
Umno-BN pun sama akan jatuh tergolek apabila orang Melayu,Cina, India dan semua kaum bumiputera Sabah/Sarawak bangkit tolak Umno-BN dalam pru 13 akan datang.

Rakyat dah tak tahan dengan kenaikan harga barang yang saban hari semakin melonjak,kos sara hidup yang tinggi gaji yang rendah tapi dalam masa yang sama mereka melihat betapa regim Umno-BN ini hidup mewah ,rumah jutaan ringgit ,anak mereka lakukan kekerasan jenayah terhadap orang awam tapi tidak didakwa.Mari kita pakat berdoa setiap hari agar nafas Umno dimatikan dalam pru 13 akan datang.Kita pakat tukar kerajaan baru di Putrajaya untuk merdekakan diri kita buat kali kedua.Tumbangkan Umno-Bn dulu yang lain kira kemudian.

Takkan kita orang Melayu nak sokong Umno ..menteri agama pun tibai duit zakat.Percayalah bukan takat orang Melayu akan tolak Umno bahkan pemimpin Pas yang bercakap daripada celah ketiak Umno juga akan ditolak oleh orang Melayu!

Berkaitan;
Utusan:Nik Abduh mahu Dap nyata pendirian Hudud-M'kini

2 ulasan:

  1. Setuju benar; Ketua Pemuda PAS berfikiran macam budak2 hingusan; jantik sikit dah menangis, nak ajak bertumbuk. Apa ni???? Takkan tak faham2 lagi politik. Politik adalah wadah untuk dapat sokongan; untuk menang; untuk memerintah. Karpal orang DAP, kawasan dia bertanding dan yang mengundinya selama ni majoritinya orang bukan -Islam. Takkan dia nak kata dia sokong Hudud, nak mampus? Nasaruddin kenalah pergi mengaji balik bab nak berpolitik. Lebih baik duduk diam dan biarkan veteran2 PAS yang komen dengan penuh hikmah. Jangan sorong kepala masuk perangkap.

    BalasPadam
  2. ug, ug, ug, ug...

    tak sentuh pun bab kekanda nasha.

    ug, ug, ug, ug...

    subky kata tak payah respon dengan nasha, biarkan dia. sebagai ahli pas dia boleh cakap apa dia suka. dia bukan ahli yang duk panjat pokok gantung bendera, dia ahli majlis syura, ajk pas pusat. mana sama status dia dengan yang saban pilihanraya panjat pokok?

    apa sebenar yang subky cuba pesongkan (diversion). ug, ug, ug,ug...

    dia cuba jadikan nasha kambing hitam bagi mengalihkan isu kerajaan perpaduang dari pelakun2 lain. satu cubaan untuk menyelamatkan pimpinan. apakah ia mengikut skrip yang telah disediakan begitu lama semasa dalam pemantauan? mungkin inilah menyebabkan pas memilih untuk membiarkan sahaja tindakan nasha?

    wallahu'alam

    BalasPadam