Rabu, 29 Ogos 2012

Ostad bela Nasha?

Semasa timbul isu Hasan Ali Utusan Malaysia dan TV3 jadi jaguh bela Hasan Ali.Kali ni pun sama para Ustaz Pas jadikan Utusan sebagai tempat untuk luahkan sokongan mereka kepada Nasharuddin Mat Isa yang dilihat semakin ketinggalan dalam persada politik Pas.Ada pun tak menambah pergi pun tak luak.
Utusan dilihat jadi pembela Nasha dengan mengutip kenyataan beberapa pemimpin Pas yang dikatakan simpati kepada nasib Nasha.TV3 dalam beritanya dengan 'sayu' yakin Nasha tidak akan diapa-apakan apabila Majlis Syura Pas bermensyuarat kes beliau nanti.
Utusan spin berita atau memang benar pun beberapa pemimpin Pas masih harapkan Nasha tidak dikenakan sebarang tindakan yang berat macam Hasan Ali.Pemimpin ulama Pas di Selangor tu semua orang Pas Selangor kenal siapa beliau dan condong ke arah mana.

Hanya ustaz Ahmad Awang bekas Naib Presiden Pas yang berani kata Nasha kena berundur secara baik daripada ahli majlis syura Pas yang lain tak berani cakap macam tu."Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. "Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Kata pantun dan lagu lama buat Nasha; 
sayang-sayang buah kepayang ,
manakan sama buah keranji, 
di sini sayang di sana pun sayang, 
sama-sama memikat janji

Ini pulak sms yang saya terima tanpa edit;
"Bodo..pedulikan Nasa dan Karpal, lawan Umno habis-habisan..kita nak menang, Umno dah nazak nak mati, jangan nanti rakyat jadi benci dan sokong Umno balik..pada kami ahli2 biasa diminta ikut dan taat  kpd keputusan parti tapi para pemimpin masing2 nak jadi hero buat statment..diperangkap media musuh bodonya pemimpin seperti ini".
Baca juga;
Mat Sabu :Saya tak tarik balik selepas tekanan-Malaysiakini
Nasharuddin dapat sokongan -Utusan
Haron Din pertahan Nasha-Utusan

5 ulasan:

  1. yang penting fokus kepada PRU, jangan terperangkap dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh pihak lawan ..ahli mesti smart dalam semua tindakan.Dalam perlawanan bola, apa pemain buat dalam masa hampir tamat & tambahan masa kecederaan.

    BalasPadam
  2. Kelemahan utama BN adalah isu rasuah, kroni & famili dalam kemewahan. Kalau tiada isu ini, nescaya PR sukar tewaskan BN.

    BalasPadam
  3. kah kah kah
    Anak didik ust fadhil noor dah tunjuk perangai, apa tarbiyah yg beliau diguna pakai.

    BalasPadam
  4. Kpd ustad dlm PAS yg masih tidur dan setuju dgn kelaku Nasya....ingat jgn rosakkan kesepakatan untuk humban Syaitan yg dikenali hanya kerana seorang individu yg tengah pening dgn godaan dan pujuk rayu syaitan yg dikenali! Parti lebih utama dari nasya....nasya takda parti tak bungkus tapi kalu parti takde bukan aje nasya malah semua ustad akan bungkus!!!!!!ingat

    BalasPadam
  5. gang perpaduan akan muncul satu persatu... dah ku katakan dari dulu,siapa gang2 perpaduan ni... korang maki2 kami yg kata pasal gang perpaduan ni.. skrg baru korang nampak... harun taib,harun din tantawi,mustapa ali.. TGHH... YG BIJAK SAYA NAMPAK ADALAH MUSTAFA ALI DAN TGHH...

    BalasPadam