Selasa, 14 Ogos 2012

Nasa Ahli majlis syura Pas makin mesra dengan Najib

Ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa (gambar dua dari kiri) yang juga ahli parlimen Pas (Bachok) bersama Presiden Umno Najib Razak di Mekah.Adakah Nasa akan buat kejutan untuk sertai Umno ketika gelombang kapal Umno yang makin karam dengan keluarnya beramai-beramai pemimpin veteran Umno di Sabah dan Semenanjung lari meninggalkan Umno-BN?
Politik ni macam-macam boleh jadi hari ni bermusuh esok jadi kawan.Lusa berkawan tulat tungging boleh jadi musuh.Nasa sedang main politik apa agaknya ke mana Najib pergi dia turut serta.Nasa berjumpa Najib semasa Najib ke sidang kemuncak luar biasa OIC anjuran Raja Arab Saudi di Mekah.
Takkan tak ada ulama Umno yang pandai berbahasa arab untuk jadi jurubahasa kepada Najib?Nasa dulu ketua Lajnah Tarbiah Pas Pusat, agak-agak la ni dia nak tarbiah Najib atau Najib nak tarbiah Nasa masuk Umno?
Ada orang kata kat saya kalau Pas dapat beberapa pemimpin veteran Umno masuk Pas yang macam cicak mengkarung Najib dapat yang lebih baik daripada tu!
Kita boleh nilai sekarang pemimpin yang kejar dan ligan duit dengan pemimpin yang ikhlas nak lawan Umno sungguh-sungguh bagi Umno mampoih dalam pru 13.

Edit 8.02 pagi 15/8/12 Pemuda Pas Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok-Harakahdaily
 Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. 

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. 

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.-Harakahdaily

Betoi la duduk dalam Pas tapi makan taik Umno.Dah banyak dah tengok kelaku buruk orang yang buat perangai tapi tak mau keluar daripada parti yang dia tumpang jadi popular.
Ok la tu tak lama lagi Umno akan dapat Nasa ,Pas pun apa kurangnya dah dapat Tamrin Ghafar,Bekas pegawai tinggi polis,Abby Abadi dan banyak lagi yang kini berminat dengan Pas.
Kalau duduk dalam Pas pun ada tak menambah pergi pun tak berkurang tapi jadi gunting dalam lipatan lebih baik keluar daripada kena pecat.Tapi agak-agak berani ka jawatankuasa disiplin Pas bertindak terhadap Nasa?
Biar muka tak cantik dan lawa tapi perangai tak hodoh dan dibenci orang.

4 ulasan:

  1. simpanlah lagi walupun dah tahu virus dalam parti.

    BalasPadam
  2. dia hadir sebagai wakil majlis syura sepertimana dia hadir sidng akhbar hassang ali dulu... lagi pung sebab tu tidak ada seorang ulama pung komen pasal nasha nih - satu kapal...

    hebat noo pas...

    dua kemungkinan. dia ni dilantik sebagai "jambatan" penghubing pas dengan umno, sebab tu pas masih simpan dia. untuk agenda selepas pru13! dia ni tentu simpan banyak rahsia 'pertemuan dalam gelap' dengan umno sejak selepas pru12 sehingga pas takut nak bertindak.

    kenapa pas tak buat muktamar tahun ni? tak mahu perwakilan timbulkan isu nasha lah oi! hebat puak2 perpaduang nih. macamlah ahli pas tak tahu, tapi kerana wala' ikut arus je. tak sampai hati nak hunus pedang untuk menegur pemimpin, hebat takat dok baca sejarah kat pentas2 ceramah je. lagi pun pemimpin pas tak pernah buat silap. cukup dengan mengatakan kerajaan perpaduang dah tutup, tak perlu minta maaf, hu hu huu

    wallahu'alam

    BalasPadam
  3. penyokong/pengundi PAS melihat semakin hari semakin tersasar perjuangan PAS setelah bertaat-setia kepada DAP. Kembalilah kepada perjuangan asal tanpa cengkaman DAP.

    BalasPadam
  4. dgn kapir ke ustaz nasha tu duk ye samapai jadi isu???...jgn jadikan politik itu satu agama..kalau dengan orang kafir boleh berpeluk,kenapa dengan sesama islam duduk berbincang pasal kepentingan islam di pertikai???pakai kopiah putih belum tentu masuk syurga bro dan mat rempit mati eksiden belum tentu masuk neraka.syurga neraka hak mutlak ALLAH SWT.Jgn ko kate lepas ni kalau ustaz nasha keluar pas masuk umno die ahli neraka.kalu gitu aku masuk pas dapat masuk syurga.dan x payah aku solat ari2.

    BalasPadam