Sabtu, 18 Ogos 2012

Anjing yang garang kalau bagi seketul daging takkan terkam kita

Perjuangan melawan Umno yang tidak boleh dijual beli merupakan perjuangan yang ikhlas lagi suci.Kita tak benci batang tubuh ahli Umno dan penyokong Umno .Yang kita benci dan minta Allah SWT balas secukup-cukupnya ialah parti Umno.
Tapi ada setengah pemimpin yang dulunya hebat melawan Umno tapi kini jadi mandom dan tidak lagi hebat melawan Umno apabila hidup makin senang dan dapat sedikit kesenangan dunia.
Dulu dalam Pas sebagai contoh ustaz Nakhaie Hj Ahmad Naib Yang di Pertua Pas(Timbalan Presiden Pas) hebat lawan Umno tapi akhirnya beliau sendiri tewas dan terjun dalam lubang taik Umno dan dapat sikit jawatan dalam Umno.Tapi tak tara mana pun kehebatan beliau dalam Umno.Beliau terus tenggelam dalam Umno.
Datuk Asri Muda yang dulunya Yang di Pertua Pas (Presiden Pas) juga masuk Umno juga tenggelam dalam Umno .Pendek kata pemimpin Pas yang masuk Umno hanya setakat jadi pencacai Umno saja suara mereka tidak mampu mengubah parti Umno yang semakin nazak dan tenat.
Apa yang ingin saya katakan ialah jika anjing yang garang dan ditakuti kejar dan mahu terkam kita tapi kalau kita baling seketul daging dia tak akan terkam kita anjing tu akan berhenti untuk mamah daging yang kita bagi.Hebat anjing yang garang jadi cool hanya dipujuk dengan seketul daging ja bukan nak susah mana pun kalau kita pandai pujuk.
Soal malu dan kena kutuk dah tak jadi hal apabila dah makan umpan yang diberikan Umno dengan pangkat dan jawatan tambah-tambah kalau sebulan elaun dibayar puluhan ribu ringgit mampoih tak maki Umno dah!
Yang lebih teruk lagi jika perosak parti yang bercita-cita untuk hijaukan Putrajaya ada pengkhianat parti yang mengaku taat setia kepada parti tapi jadi perosak parti daripada dalam.Ini lagi bahaya.Macam anai-anai dalam tiang rumah kayu.Makin lama makin besar anai-anai makan tiang jika tidak dimusnahkan,Lama-lama tiang patah rumah pun runtuh.
Semasa kita ada jawatan dan gah dengan jawatan yang kita pegang tidak buat sebarang agenda untuk perkasakan parti tapi bila hilang jawatan yang disandang sanggup pulak kecewakan rakan-rakan dalam parti dengan duduk dan berhimpit-himpit bawah ketiak Umno.Pemimpin macam ni memang celaka sungguh!Rasa selesa di bawah ketiak pemimpin Umno daripada bersama jamaah sendiri.
Umno ada duit, ada segalanya tapi cuba lihat semakin lama semakin teruk reputasi Umno-BN walaupun ada segalanya.Bukan semua boleh dibeli dengan duit dan angap ada duit semua jadi.Kalau tidak takkan Umno-BN hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.

2 ulasan:

  1. Tok sah lah dok kenen dan lempar taik sembunyi balik pokok pisang ,sebutkan terus orang dikenenkan tu Utz Nasa menmang tak malu muka dia dah jadi talam yang tak licin bekerutu dah nak jadi kulit katak, Dia dah dapat hidayah untuk nak melompat, mana tau kot ada peluang diPRU13 nanti.

    BalasPadam
  2. ini orang musuh dlm selimut & gunting dlm lipatan....pengkhianat. Buat kerja tanpa persetujuan ketua ..merosakkan imej parti pada golongan atas pagar lebih teruk dari kawan dia. Nak tunggu apa lagi ...Nyahkan dari parti sebelum terlambat

    BalasPadam