Khamis, 29 Disember 2011

Punya maju Umno-BN pegang Selangor MB kena hukum penjara

BN pastikan Selangor terus maju jika kembali memerintah-Utusan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13. "Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.
Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.
Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.
Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata, keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.
Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA

Amat malang kalau Selangor dapat MB macam Noh Omar.Bercakap dulu baru pikir.Maju dibandingkan dengan mundur bukan kotor! Jom Shopping perbelanjaan kerajaan negeri bukan kerajaan Malaysia.
Dah bagi tak payahlah nak ungkit-ungkit! Kalau nak ungkit rakyat dapat RM500 keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia rugikan wang rakyat RM250 juta di kandang lembu.

Ha ha baru sekarang Umno sedar bila kalah kata wang rakyat! Dulu Dewan orang ramai, balai polis, balai bomba semua kata Umno buat.Dewan Orang Ramai dulu zaman BN orang lain tak boleh guna sekarang baru buka minda sikit bila dah kalah semua tu guna duit rakyat.

Maju macammana Noh Omar maksudkan?Adakah maju sampai bekas MB Selangor dulu boleh bawa lari duit ke Australia berguni-guni?Adakah maju bila bekas MB Khir Toyo dikenakan hukuman penjara kerana rasuah jutaan ringgit?Maju macam ni kah yang Noh maksudkan?

Takkan hanya modal sampah saja yang ada pada Umno di Selangor untuk tumbangkan PR
Baca juga;
Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. entahla si Noh ni..mengaji tinggi tapi akal letak kat mana pun tak tau...asal bukak mulut , bertambah la 'confirmed' fikir tak guna otak!!peminpin UMNO ni tak ada rasa malu, tak ada rasa bersalah sikit pun bila makan duit rakyat..

    BalasPadam
  2. Bila bukak mulut confirmed tak de otak? Tak pe lah dia sorang je tak de otak. Masalahnya ialah penyokong2 dia yg terdiri dari melayu tak de otak masih ramai. Terutama puak-puak pekida dan perkasa yg confirmed spesis melayu paling bangang dalam dunia.

    BalasPadam
  3. Selepas BN/UMNO kalah di Selangor selogannya Selamatkan Selangor .Rakyat Selangor semua selamat yang tidak selamat UMNO Tanjong Karang mereka bertembak sama sendiri dalam kereta .Keduanya mati.

    BalasPadam