Selasa, 27 Disember 2011

Ingat maruah diri kita RM500 ka?

Baru-baru ni saya balik kampung di Kedah.Ramai orang kampung pakat dok cerita kes duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500.Ada yang isi borang BR1M untuk dapatkan duit tu.Ada yang takut-takut nak isi borang katanya takut kena check dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.Sebab kebanyakan orang kampung mana ada bayar cukai pendapatan.

Rugi la tak ambik duit RM 500 tu.Daripada tak merasa langsung baik sapu!Duit RM500 tu bukan duit Umno-BN tapi duit rakyat juga.BN time dekat nak pru ni macam-macam bantuan diagihkan kononnya atas nama nak tolong rakyat.Bagi yang cerdik ambik lepas tu jangan pangkah BN tapi pangkah PR tu baru betoi.

Bak kata seorang Cina kepada saya, "Itu wang RM500 kita angkat tapi undi jangan kasi BN.Kita ajar sama dia.Dia orang sapu lagi banyak kira ratus juta dan bilion punya.Sekarang mau kasi rakyat RM500 mau suruh pangkah dia ka?Boleh jalan la."

Kalau kita ada maruah dan harga diri kita main balik BN dengan tolak BN dalam pru 13 akan datang.Ingat nilai rakyat ni cuma RM500 ka?Ingat dengan bagi kat kita RM500 kita boleh lupa wang rakyat RM250 juta lesap begitu saja ditelan kroni Umno anak beranak dalam projek bela lembu guna duit rakyat?Ingat kita lupa ka bagaimana duit saham bumiputera dan Melayu dilesapkan sebanyak RM52 bilion.Tu saya kata bagi ambik tak bagi pun kita pangkah asalkan bukan Umno!

Kita kena jadi cerdik untuk ajar Umno-Bn yang ingat rakyat ni mudah dijual beli dengan wang ringgit.Umno ingat duit RM500 tu duit pusaka Umno untuk difaraidkan sebelum Umno habis umur dalam pru 13 akan datang.Silap besar la kali ni

3 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas Bro,kita mesti bagitahu semua penyokong kita agar jangan ambil duit RM 500.00 tu.Ini kerana kita tidak mahu termakan budi.Kita kena kempen kepada orang kita supaya memulangkan balik duit tu jika ada yang telah terambil! Syabas Bro

    BalasPadam
  2. apa la bengap si hamdan umno ni

    BalasPadam
  3. kerajaan bagi ambik jelah, bukan pun kene bayar balik. jgn ikut cakap cina dap tu, mereka memang nak sangat BN kalah, sebab bila BN kalah dap nak cina jadi perdana menteri. jadi jgn dgr ckp cina dap tu, undilah BN. hanya BN yang mampu mempertahankan kepentingan bangsa melayu dan agama islam. PKR dan PAS memang x boleh diharap sbb dh ikut telunjuk DAP.

    BalasPadam