Selasa, 13 Disember 2011

Hasan Ali dok 'menyanyi' dalam Utusan

Saya pasti Pas Pusat pada ketika ini tidak akan mengapa-apakan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga adun Gombak Setia akibat timbulnya bermacam persepsi mengenai Hasan Ali.Hasan Ali boleh terbang tinggi ke langit tujuh sekalipun terbanglah.Dia orang hebat di Selangor kalau tidak takkan dapat anugerah dan pingat kebesaran.Yang tak dapat jangan kecik hati ha ha

Pas bukanlah parti yang baru tumbuh macam parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim bekas Umno dan PKR.Pas dah matang dengan sepak terajang politik termasuk cara mana nak atasi ahli mereka sendiri yang kini disukai musuh politik mereka iaitu Umno.

Saya dah kata banyak kali kalau musuh puji kita , bodek kita tentu ada benda yang tak kena.Syaitan menangis kalau kita solat dengan khusyuk tapi syaitan gelak sakan kalau kita solat tak khuysuk.

Utusan melaporkan 'Saya tak kisah' antara lain Hasan Ali dilaporkan berkata , "Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja."Baca semua klik tajuk.

Adakah selama ini Pas ketepikan orang Melayu, Islam dan institusi Raja?Tidak sedarkah Hasan Ali yang mencarut dan maki hamun Raja dan Sultan ialah Umno.Yang lawan dan engkar bila Sultan tak setuju perlantikan MB di Terengganu ialah Umno dan sanggup kata Natang (menatang) kepada Sultan ialah Umno?Jadi nak ulang sebut Melayu, Islam dan Raja nak lunakkan hati siapa?Umno yang dabik dada berjuang untuk Melayu tu pun dah bangkrap dalam perjuangan daulatkan bangsa Melayu.Islam jauh sekali!


Hasan Ali juga dilaporkan bersetuju pegang jawatan peringkat tertinggi peringkat persekutuan atas nama perpaduan," Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif." 

Orang Melayu digembar-geburkan dengan hasutan oleh Umno bahawa Dap mau Kristiankan orang Melayu, Dap mau jadi PM, Dap mau jadikan Malaysia sebuah negara republik, Dap mau buang raja.
Ini pikiran bebal dan bodoh!
Orang Cina di negara ini majoritinya orang beragama Buddha bukan Kristian.Berapa kerusi Dap bertanding kerusi di parlimen berbanding Pas dan PKR?Dap hanya berkuasa di Pulau Pinang negeri yang tak ada raja! 20 tahun Pas berkuasa di Kelantan ada buang institusi raja?Yang ada bertukar raja bukan bunuh institusi raja.Umno takut hilang kuasa sebab tu dia cakap lagu tu.Bodoh sangatla kalau termakan haustan Umno.


Kata orang buah nangka kalau masak dan buruk orang tak jolok bagi jatuh tapi buah nangka tu dibiarkan atas pokok.Lama-lama ia jatuh sendiri.Bila dah jatuh tuan dia datang tengok kot-kot ada boleh makan.Belek-belek atas bawah pusing pi pusing mai bila koyak ada ulat.Tak boleh makan dibiarkan bawah pokok bagi lembu makan!

4 ulasan:

  1. Ahsonn anak Ali ini sama sahaja tarafnya seperti Marsitot dan Jamil Kher, atau lebih teruk lagi dari mereka. Kerana kalau kita tengok muka Marsitot tak lah rasa benci sangat (munafik kecil), tengok muka Jamil Kher ada lah juga macam orang Melayu Islam (munafik medium) tapi kalau tengok muka Ahsonn anak Ali (munafik besar) ini, tiba-tiba menjadi muak dan benci (macam Zul Kulim Munafik), kerana sikap bermuka-muka dan menjual agama beliau agaknya Allah mengeluarkan segala sinar kebencian di muka beliau supaya boleh dilihat dan dinilai oleh masyarakat Islam di negara ini.

    BalasPadam
  2. sokong ko bro...gua pun menyampah tambah benci tgk muka mamat nie...gi jahanam dengan rambut uban nya...hahahahah

    BalasPadam
  3. saya dah katakan awal awal lagi beri amaran dalam malaysikini catatan pembaca jangan percaya hasan ali ini yang saya terserempak di beberapa hotel terkemuka sedang angkat dinner heavy di kalangan tali barut umno

    BalasPadam
  4. dr hasan alie perlu ingat, dia jd exco atas kapasiti Pas, jd, jgj jd Kulim, jgn jd Pasir Mas..

    BalasPadam