Rabu, 28 Disember 2011

Berita paling kelakar dalam Pas hujung tahun 2011

Hasan datang minta maaf , Nik Aziz buat kenduri kesyukuran-Harakahdaily

 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.-Harakahdaily

Dulu masa Hasan Ali baru masuk Pas mungkin tak terfikir oleh pemimpin Pas nak buat kenduri sambut Hasan Ali pakar motivasi yang hebat tu.Bila dia pi minta maaf kat pemimpin Pas depa sanggup nak buat kenduri sambut Hasan Ali 'masuk kali ke berapa tah' dalam Pas.

Ramai hati dan perasaan ahli-ahli Pas dan penyokong Pas tebakar dengan sikap Hasan Ali dalam Pas tapi apa boleh buat pemimpin Pas lebih sayangkan Hasan Ali daripada segala-galanya.Lepas ni banyak lagilah Pas kena buat kenduri jika ada pemimpin Pas buat perangai macam Hasan Ali lepas tu pi minta maaf kena buat kenduri.Sembelih lah lembu, kerbau dan kambing untuk selamatkan pemimpin Pas yang suka buat perangai macam Hasan Ali.Kepada orang Pas yang tak ada duit buatlah kenduri makan kacang goreng, kacang rebus dan kacang kuda!

Umno pun suka Hasan Ali duduk dalam Pas tapi jadi kaki hentam parti sendiri kerana ini menguntungkan Umno daripada Hasan Ali menyeberang masuk Umno.Sapa nak kata apa pun kat saya , saya terima seadanya.

Kenapa pertemuan itu tidak ada Setiausaha Agung Pas Pusat Mustafa Ali yang dituduh Hasan Ali sebagai orang yang mahu berjumpa Umno sangat-sangat?

Adakah ini kemenangan besar buat Hasan Ali dan puak UG dalam Pas bila Tok Guru sanggup buat kenduri?

3 ulasan:

  1. another wayang at the highest order...

    yeah, mana pegi stopa ali?

    bertemu anak2 ali dengan umno jadi orang tengah ke?

    virus ug makin membesar.

    menjelang pru13, ia mungkin akan meletup!

    ini babak pertama antara hassan dan stopa. babak kedua menunggu. pengarah umnoupco.

    jeng, jeng, jeng.

    haron din pun ada, satu kapal semua tuh. dengan hassan dan stopa. presiden kaki ikut je.
    hassan boleh dimaafkan dengan apa yang tersembur dari mulutnya yang kondem negara berkebajikan?

    almaklumlah mainan politik belaka. islam dah tercecer gamaknya.

    isu pokok tak perlu diselesaikan. profesional dalam telah mengkhianati perjuangan pas. mana profesional ni nak simpan muka bila bertembung dengan pakar motivasi ni? senyum buat2.

    hancai pas dek hassan dan stopa ali dan mereka yang mesra dengan ummno. selagi ada puak ni, pertemuan demi pertemuan dengan umno pasti berlaku. ada yang nak ke putrajaya secara pintas. ada yang nak selesai masalah keluarga/menantu/adik ipar/suami. bab hutang piutang pun mungkin ada.

    penasihat tok guru nik aziz pun puak stopa, bukan orang tahu hubungan wan nik dangan stopa, pernah di bawah satu bumbung! diterajang anual bakri 'penasihat sesat' diganti dengan wan nik 'penasihat jadi2an'.

    sejak dari itu pas kelantan sudah dalam genggaman ug. jangan ragui kelicikan stopa ali.

    kalau dulu ulama keluar umno tubuh pas, kini janagn terkejut ulama pas berebut2 nak tolong umno. segala dosa umno akan terhapus. kebejatan umno terhadap bangsa dan negara sudah mendapat restu ulama pas dari kalangan mesra umno.

    pas kini memberi banyak keuntungan kepada abang kandung umno. lihat sahaja ucapan2 mesra umno dari ulama2 ug, malah ada yang turut menjadi pembesar suar kepada umno apabila turut menyuarakan kebimbangan kuasa melayu akan hilang tanpa segan silu.

    labbaikalllah humalabbaik...

    BalasPadam
  2. apa pun PAS mula menanam bibit rasa tak puashati dikalangan jemaah nya. Mereka perlu sedar hassan dah minta maaf dan kita terima tetapi hassan perlu sedar yang dia bukan lagi kalangan pemimpin yang layak diikuti. Dia harus menerima hakikat kini beliau sepertimana lain lain ahli biasa sahaja.

    BalasPadam
  3. Majlis syura yang dihormati :
    lepas perang ini ada lagi perang yang lebih besar, perang merebahkan UMNO.
    Namun ingat, sebelum PAS rebahkan UMNO, Hasan Ali sekali akan memeningkan PAS.
    sebelum UMNO direbahkan, Hasan Ali mesti dikeluarkan dari saf pimpinan yang hendak merebahkan UMNO.
    bukan Hasan Ali yang cerdik namanya, apabila begitu mudah menelan balik muntahnya, apa yang dimuntah telah difikirkan sedalam-dalamnya, maka untuk menelan muntah sendiri kembali mestilah difikir sebaik mungkin.
    jaga-jaga para ulamak bersetatus majlis syura, jangan pula digelar orang "ulamak dua kali disengat dalam lubang yang sama".
    jadikanlah, Brahim Ali katak sebagai pengajaran yang menyayatkan hati.

    BalasPadam